Anggota Suruhanjaya
Satu jawatankuasa Search Committee telah ditubuhkan untuk menguruskan pemilihan dan pelantikan Anggota Suruhanjaya, selaras dengan keperluan di bawah Seksyen 6 Akta 839 iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik tidak lebih daripada tujuh orang anggota Suruhanjaya yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi.
Keanggotaan Search Committee terdiri daripada:
- Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (Pengerusi);
- Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), KDN;
- Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (K), KDN;
- Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (SM), KDN;
- Wakil Jabatan Peguam Negara (AGC);
- Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan
- Wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Semua calon yang dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya telah melalui proses saringan ketat melibatkan tapisan keselamatan, tapisan kebankrapan, tapisan tatatertib dan tapisan keutuhan. Sesi temu duga telah diadakan pada 27 Oktober 2023 dan 23 November 2024 yang melibatkan 10 calon. Daripada 10 calon yang dipertimbangkan, Search Committee telah bersetuju dengan pelantikan lima (5) individu sebagai Anggota Suruhanjaya.
Hasil daripada proses temu duga dan penilaian yang komprehensif, cadangan pelantikan lima (5) orang Anggota Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 27 Disember 2023 berkuatkuasa pada tarikh lapor diri bertugas.
Senarai Anggota Suruhanjaya bagi lantikan 2024/2027 adalah seperti berikut:
Pengerusi
YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan
(Mantan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Gred Utama Turus III)
Timbalan Pengerusi
YBhg. Dato’ Mohamad Jazamuddin bin Hj. Ahmad Nawawi
(Mantan Ketua Pengerusi Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri, Gred JUSA A).
Anggota Suruhanjaya
YBrs. Puan Martina @ Kartina binti Zamhari
(Mantan Pengarah Audit Sektor Kewangan di Jabatan Audit Negara, Gred JUSA B)
Anggota Suruhanjaya
YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah
(Mantan Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) di Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia, Gred JUSA B)
Anggota Suruhanjaya
YBhg. Dato’ Tan Kang Sai
(Mantan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Gred JUSA B)