Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] yang diwartakan pada 18 Oktober 2022 dan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 seperti Warta Persekutuan P.U.(B) 574 yang disiarkan pada 21 November 2022.
Penubuhan IPCC adalah untuk menangani salah laku yang melibatkan anggota pasukan polis dengan lebih efisien kerana berfokus kepada satu agensi penguatkuasa sahaja iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mekanisme IPCC untuk menjalankan penyiasatan terhadap aduan salah laku anggota polis adalah lebih menyeluruh.
IPCC juga berperanan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang awam terhadap anggota pasukan polis dan sistem keadilan dengan menerima dan menyiasat aduan berkaitan salah laku anggota pasukan polis.
Seksyen 4 Akta 839 memperuntukkan empat (4) fungsi IPCC seperti berikut:
Seksyen 5 Akta 839 memperuntukkan lima (5) kuasa IPCC seperti berikut: