Kompleks Kerajaan Parcel D, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1,
62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Piagam Pelanggan
There is no translation available.
1. Membangunkan sistem aplikasi secara dalaman dalam tempoh dua belas (12) bulan berdasarkan kapasiti keperluan selepas pengesahan pengguna;
2. Menyelesaikan masalah yang tidak melibatkan perubahan struktur sistem bagi aplikasi dan perisian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
3. Memastikan aduan kerosakan peralatan ICT yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh satu (1) jam;
4. Membekalkan alat habis guna ICT (toner, thumbdrive, external hard disk) dalam tempoh satu (1) hari bekerja tertakluk kepada stok bekalan;
5. Menyedia dan membentangkan Laporan Ketirisan Data kepada Jawatankuasa Keselamatan Dokumen KDN dalam tempoh 24 jam;
6. Memastikan permohonan akaun e-mel oleh pengguna diproses dalam tempoh tiga (3) hari selepas borang permohonan lengkap diterima;
7. Memberi keputusan permohonan perkhidmatan khidmat sokongan dan/atau pinjaman peralatan ICT dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
8. Menyelesaikan kerosakan peralatan ICT yang tidak melibatkan penggantian alat ganti dan tidak melibatkan kontraktor di Pejabat KDN sekitar Putrajaya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.