Maklumat Perkhidmatan
There is no translation available.
- SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT
- Sebagai focal point Kementerian/ Jabatan/ Agensi dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat Kementerian, nasional dan global.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan pelan komunikasi/ promosi/ publisiti program serta pencapaian Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
- Merancang dan melaksana aktiviti peningkatan imej korporat Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
- Merancang dan menguruskan penerbitan laporan tahunan, buletin, video korporat, brochure serta lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan mempromosikan Kementerian.
- Menyediakan draf YB. Menteri/ Timbalan Menteri/ KSU mengenai dasar Kementerian.
- SEKSYEN PERHUBUNGAN MASYARAKAT
- Memberi penjelasan tentang dasar Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program perhubungan masyarakat peringkat Kementerian/ jabatan/ Agensi.
- Memberi khidmat nasihat mengenai program Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
- Mengurus dan mengendalikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
- Menyelaras lawatan rasmi ke Kementerian.
- Menyediakan draf ucapan YB. Menteri/ Timbalan Menteri/ KSU bagi program masyarakat.
- SEKSYEN MEDIA DAN PROMOSI
- Merancang, menyelaras dan melaksana program media.
- Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media.
- Memberi khidmat nasihat mengenai program Kementerian/ Jabatan/ Agensi, nota kepada editor, siaran akhbar kepada media dalam membuat liputan.
- Mengurus dan mengendalikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Kementerian/ Jabatan/ Agensi kepada media.
- Mengurus dan mengendalikan portal iKDN.
- Menyediakan bahan/ maklumat (content) kepada portal dan website KDN.
- SEKSYEN ADUAN DAN KHIDMAT PELANGGAN
- Mengurus, menyelaras dan memantau semua aduan yang diterima.
- Menyedia dan menyelaras jawapan mengenai aduan dan mengesyorkan   tindakan yang perlu diambil.
- Memantau dan menyelia keberkesanan sistem aduan (iSPAAA dan iADUAN).
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan dalaman dan luaran.
- Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan.
- Mengurus Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
- Memberi nasihat kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi mengenai perkhidmatan yang perlu diberikan kepada pelanggan.
- SEKSYEN PENTADBIRAN
- Merancang, menyelaras dan memantau hal ehwal pengurusan kewangan Bahagian.
- Menyediakan bajet tahunan Bahagian.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan program Amalan 5S dan MS ISO 9001:2008 Bahagian.
- Merancang dan menyelaras latihan anggota kerja.
- Merancang, menyelaras dan memantau penyediaan SKT dan LNPT pegawai.
- Mengurus dan menyelaras pengauditan ke atas Bahagian.
- Menguruskan hal ehwal pengurusan aset Bahagian.
- Menyelaraskan Sistem Pegawai Bertugas Bahagian.
- Menguruskan rekod pengurusan cuti dan rekod Sistem Kehadiran Biometrik kakitangan Bahagian.
- Menguruskan Sistem Pengurusan Fail Bahagian.
- Menguruskan hal ehwal perlindungan keselamatan Bahagian.
Last updated on
25 June 2025