Skip to main content

logo

img

Pengenalan

There is no translation available.

Unit Integriti ditubuhkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 dan berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Kementerian Dalam Negeri. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. 
 
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya, enam (6) fungsi teras telah diletakkan di bawah tanggungjawab Unit Integriti yang merangkumi perkara-perkara berikut :
 
a) Tadbir Urus
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
b) Pengukuhan Integriti
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan  pelaksanaan integriti dalam organisasi.
c) Pengesanan dan Pengesahan
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
 
d) Pengurusan Aduan
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
 
e) Pematuhan
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
 
f) Tatatertib 
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
Last updated on
25 June 2025
Fixed Floating Side Menu