Kompleks Kerajaan Parcel D, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1,
62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF)
There is no translation available.
JAWATANKUASA RAYUAN FILEM (JKRF) ditubuhkan di bawah Seksyen 22 (1), Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) dan terdiri daripada anggota berikut:-
Seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Seorang Naib Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Ketua Polis Negara, atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan dengan penapisan filem dan bahan publisiti filem, atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengawalseliaan penyiaran, atau wakilnya;
Ketua Pengarah Pendidikan, atau wakilnya; dan
Tiga belas anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.