Pengenalan
PENGENALAN
Penubuhan Bahagian Audit Dalam adalah ditetapkan melalui kehendak Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PS 3.1 (Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian Atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) dan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 5 Mei 2009. Bahagian Audit Dalam menjalankan tugas secara bebas dan berperanan untuk membantu pihak pengurusan memantapkan lagi akauntabiliti, tadbir urus dan integriti dengan memberikan kepastian yang munasabah melalui Laporan Audit yang objektif. Selain itu, Bahagian Audit Dalam juga memberikan khidmat perundingan kepada Auditi melalui ceramah/bengkel bagi mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan tadbir urus organisasi serta perbelanjaan secara berhemah. Bahagian Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri diketuai oleh Ketua Audit Dalam Gred Utama C yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian.
FUNGSI DAN MAKLUMAT KORPORAT BAHAGIAN
Penubuhan & Struktur
- Unit Audit Dalam diwujudkan sebagai fungsi bebas, memberi “assurance & consulting” bagi menambah nilai dan mempertingkat operasi.
- Dipimpin oleh Ketua Audit Dalam, bertanggungjawab terus kepada Pegawai Pengawal (KSU Kementerian).
Objektif & Mandat
- Menyokong pencapaian matlamat organisasi melalui pendekatan sistematik menyemak keberkesanan kawalan dalaman, tatakelola, kewangan dan sistem berisiko tinggi.
- Fungsi meliputi:
- Audit pengurusan kewangan (kawalan dalaman, rekod kewangan, sistem)
- Penilaian program/projek/aktiviti termasuk sistem ICT
- Menyediakan rancangan & laporan audit tahunan
- Menjadi setiausaha jawatankuasa audit
- Memantau tindakan susulan
- Memaklumkan isu pembaziran, penyelewengan, kecuaian pada Pegawai Pengawal
Jawatankuasa Audit
- Dianggotai oleh Pegawai Pengawal (sebagai pengerusi), Ketua Audit Dalam (setiausaha), dan wakil pengurusan kanan & khusus (kewangan, integriti, pengurusan risiko, undang undang).
- Tanggungjawab termasuk:
1. Menilai kawalan dalaman, laporan sumber awal masalah
2. Menyemak rancangan audit tahunan dan laporan audit
3. Pantau isu signifikan, pastikan tidak ada halangan audit
4. Mesyuarat sekurang kurangnya empat kali setahun, dan laporan minit dikemukakan setiap suku
Hubungan dengan Jabatan Audit Negara
- Unit Audit Dalam berfungsi secara berasingan tetapi saling melengkapi dengan JAN; bekerjasama mengelakkan duplikasi kerja, dan Ketua Audit Dalam bertindak sebagai pegawai perhubungan (liaison officer) bagi penemuan JAN.
AKTA PERUNDANGAN YANG BERKAITAN BAHAGIAN
Akta Audit 1957, yang menjadi teras pengauditan awam di Malaysia, telah diperluas melalui pindaan 2024 untuk merangkumi entiti berkaitan kerajaan, memperkenalkan audit susulan, serta mempertingkatkan metodologi audit melalui digitalisasi dan penggunaan AI. Ini selaras dengan aspirasi tadbir urus korporat, ketelusan dan akauntabiliti awam.