telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

  • PENGENALAN

    Sistem Parol merujuk kepada pelepasan secara perintah parol yang melayakkan banduan menjalankan baki hukuman di luar penjara. Pelepasan secara perintah parol adalah melalui syarat-syarat yang berdasarkan kepada Akta Penjara (Pindaan) 2008. Sistem Parol di Malaysia mula dikuatkuasakan pada 30 Jun 2008 berasaskan daripada Sistem Parol Australia di mana Lembaga Parol akan mempertimbangkan permohonan parol banduan.

    Selaras dengan Seksyen 46E (1), seorang banduan layak dipertimbangkan pelepasan secara parol tertakluk kepada kesalahan di luar Jadual Keempat dan hukuman minima satu tahun pemenjaraan. Banduan yang dipertimbangkan pelepasan secara perintah parol akan ditempatkan bersama keluarga, rumah perantaraan seliaan Jabatan Penjara atau di bawah program Corporate Smart Intership for Parolee (CSI). Semenjak dilaksanakan sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 55,619 (66%) permohonan telah dipertimbangkan pelepasan secara perintah parol.

    Banduan yang ingin membuat permohonan pelepasan secara parol hendaklan melalui proses pelepasan secara parol yang telah ditetapkan seperti berikut:

    1. Banduan telah menjalani seperdua daripada hukuman pemenjaraan dan program permulihan yang ditetapakan oleh penjara;
    2. Permohonan pelepasan secara parol banduan disyorkan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM);
    3. Permohonan pelepasan secara parol banduan dipertimbangkan oleh Lembaga Parol;
    4. Jika permohonan banduan dipertimbangkan, perintah parol akan dikeluarkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Parol; dan
    5. ODP menjalankan baki hukuman secara parol sehingga dibebaskan.

    Pelaksanaan Sistem Parol Malaysia bertujuan melicinkan proses pengintegrasian semula banduan ke dalam masyarakat, memberi peluang kepada banduan membina hidup baru yang berkualiti, mengurangkan kesesakan di dalam penjara dan mengurangkan kos penyelenggaraan tinggi yang ditanggung oleh kerajaan.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 September 2023.
Jumlah Pelawat : 979036

moha qrcode