telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Fungsi Utama Urus Setia Lembaga Parol

FUNGSI UTAMA URUS SETIA LEMBAGA PAROL

Unit Keurusetiaan

  1. Bertanggungjawab untuk mengawal selia dan menyelaras tugas-tugas keurusetiaan dalam memastikan kelancaran persidangan Lembaga Paro;
  2. Mengemaskini maklumat statistik bulanan permohonan parol yang telah diluluskan dan ditolak oleh Lembaga Parol di dalam MyStatistik KDN;
  3. Bertindak dalam membantu, menyelaras dan melaksana hal ehwal dasar kepenjaraan dan sistem parol; dan
  4. Bertanggungjawab untuk menyediakan maklum balas mengenai permohonan dan rayual parol banduan yang diterima secara rasmi.

Lembaga Parol

Seperti termaktub di bawah Seksyen 46B (2) Akta Penjara (Pindaan) 2008, sesuatu Lembaga Parol terdiri daripada 7 orang anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang berikut:

  1. Seorang Pengerusi dari kalangan anggota Perkhidmatan dan Perundangan;
  2. Seorang pegawai kanan penjara;
  3. Seorang pegawai kanan polis;
  4. Seorang pegawai kanan kebajikan; dan
  5. Tiga orang awam.

Selaras dengan Seksyen 46C (1) Akta Penjara (Pindaan) 2008, sesuatu Lembaga Parol diperuntukkan seperti yang berikut:

  1. Membuat keputusan sama ada untuk melepaskan secara parol seseorang banduan yang memohon parol;
  2. Menggantung atau membatalkan sesuatu Perintah Parol;
  3. Menambah apa-apa syarat atau menggubah mana-mana syarat sesuatu Perintah Parol;
  4. Mengadakan sesuatu siasatan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan parol;
  5. Memeriksa mana-mana banduan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu permohonan parol atau bagi apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Parol; dan
  6. Menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Selaras dengan Akta Penjara (Pindaan) 2008, perkara yang perlu diambil kira oleh Lembaga Parol sebelum meluluskan permohonan secara parol ialah seperti berikut:

  1. Keperluan untuk melindungi keselamatan masyarakat;
  2. Keperluan untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan;
  3. Sifat dan hal keadaan kesalahan yang berhubung dengan hukuman ke atas banduan itu;
  4. Rekod jenayah banduan;
  5. Risiko banduan melakukan lagi apa-apa kesalahan jika dia dilepaskan secara parol;
  6. Banduan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat; dan
  7. Kesan ke atas mangsa banduan dan keluarga mangsa jika banduan itu dilepaskan secara parol.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 07 Disember 2022.
Jumlah Pelawat : 840742

moha qrcode