Skip to main content

logo

mampu
img

Pengenalan

Bahagian Perancangan Strategik (PG) bertanggungjawab menyelaras dan menyediakan pendirian Kementerian bagi dasar/ hala tuju utama negara khususnya bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Sustainable Development Goal 2030 serta Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN). Bagi tujuan tersebut, PG bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan pangkalan data Kementerian yang komprehensif dan sistematik.

Sebagai Focal Point Kementerian, PG bertanggungjawab menetapkan pendirian Kementerian di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pelbagai platform Kementerian dan agensi pusat.

Penyelarasan fungsi di antara perancangan strategik dengan keurusetiaan parlimen dan kabinet telah memantapkan KPI penggubalan dasar berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam. Penyelarasan fungsi ini membolehkan Bahagian PG melaksanakan tanggungjawab utama dalam membangun, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta pelan tindakan Kerajaan dan Kementerian. Bahagian PG juga bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaras pelbagai program utama sama ada di peringkat nasional mahupun Kementerian.

Bahagian PG telah menjadi pusat pengumpulan data-data penting dan strategik berkaitan KDN melalui Pusat Sains Data serta melaksanakan analisis terhadap data tersebut bagi membantu penetapan hala tuju dasar-dasar utama KDN. PSD juga berfungsi sebagai Centre of Learning (CoE) kepada KDN bagi pengembangan pengetahuan, pembelajaran dan latihan dalam bidang AI.

Terakhir dikemaskini pada
26 September 2025
Fixed Floating Side Menu