Skip to main content

logo

mampu
img

Lembaga Pencegahan Jenayah

Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) pada tahun 2014 merupakan implikasi langsung daripada pindaan besar-besaran ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] yang mula berkuat kuasa pada 2 April 2014. Sebelum pindaan ini, kuasa untuk mengeluarkan perintah tahanan atau sekatan terletak secara mutlak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri. Pindaan tahun 2014 telah memindahkan kuasa tersebut kepada sebuah badan bebas yang dikenali sebagai Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ).

Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] merupakan peruntukkan kepada pencegahan jenayah yang lebih efektif di seluruh Malaysia dan bagi pengawalan penjenayah-penjenayah, anggota-anggota kongsi gelap, pengganas dan orang-orang lain yang tidak diingini dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Selaras dengan seksyen 7B Akta 297, suatu Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) ditubuhkan di bawah lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menjalankan tugas-tugasnya tidak terhad kepada pengeluaran Perintah Pengawasan Polis atau Perintah Tahanan.

Terakhir dikemaskini pada
08 Julai 2026
Fixed Floating Side Menu