Skip to main content

logo

mampu
img

Piagam Pelanggan

  1. Memproses permohonan agensi persendirian dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima sehingga sesi temu duga dijalankan.

  2. Memaklumkan keputusan permohonan agensi persendirian dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh temu duga dijalankan.

  3. Memproses permohonan pembaharuan lesen agensi persendirian sehingga keputusan dimaklumkan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  4. Memaklumkan keputusan permohonan mendirikan magazine (stor) menyimpan bahan letupan di bawah Seksyen 25 Akta Bahan Letupan 1957 dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada PDRM.

  5. Memaklumkan keputusan permohonan mengadakan pertunjukan bunga api dan piroteknik dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  6. Memaklumkan keputusan permohonan membawa masuk senjata-senjata berjadual di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  7. Memaklumkan keputusan permohonan lawatan dari/ke negara terlarang dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  8. Memaklumkan keputusan permohonan jemputan penceramah/pakar rujuk asing bagi program atau aktiviti anjuran agensi kerajaan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  9. Mengeluarkan ulasan ke atas cadangan pelantikan Ketua Perwakilan asing dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

  10. Mengeluarkan keputusan terhadap kes fail undang-undang pencegahan dan penentuan tarikh mula tahanan dalam tempoh 60 hari.

  11. Mengurus dan melaksanakan program pemulihan serta perakuan tahap pemulihan Orang Tahanan yang akan tamat pada bulan berikutnya sebelum tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Orang Tahanan.

Terakhir dikemaskini pada
26 September 2025
Fixed Floating Side Menu