Skip to main content

logo

mampu
img

Pengenalan

Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam merupakan salah satu bahagian daripada 25 bahagian utama di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Secara umumnya fungsi Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam adalah untuk memelihara, mengekalkan dan meningkatkan keselamatan dalam negeri dan keselamatan sempadan serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam pada asasnya merangkumi tiga (3) aspek penting iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Elemen pertama dan kedua iaitu pencegahan dan penguatkuasaan direalisasikan melalui pelaksanaan Undang-Undang Pencegahan sedia ada yang telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian ini iaitu:

1. Akta Pencegahan Jenayah 1959
2. Akta Pencegahan Keganasan 2015
3. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
4. Akta Hasutan 1948
5. Akta Agensi Persendirian 1971
6. Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959
7. Akta Peniaga Sekenhand 1946
8. Akta Polis 1967
9. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
10. Akta Pendaftaran Penjenayah Dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969
11. Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947
12. Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958
13. Akta Bahan Letupan 1957
14. Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947
15. Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan Di Luar Negara 2015
16. Akta Perhimpunan Aman 2012
17. Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009
18. Akta Kesalahan Kecil 1955
19. Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958
20. Akta Ekstradisi 1992
21. Ordinan Ketenteraman Awam 1961 (Sabah)
22. Ordinan Ketenteraman Awam 1962 (Sarawak)
23. Akta Senjata 1960
24. Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971
25. Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004
26. AKta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988

Elemen ketiga iaitu Pemulihan direalisasi melalui program pemulihan yang telah dirangka terhadap tahanan-tahanan yang telah dikenakan perintah tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA).

Terakhir dikemaskini pada
26 September 2025
Fixed Floating Side Menu