Skip to main content

logo

img

Soalan Lazim Bahagian Pengurusan Kawal Selia Pencegahan Jenayah dan Keganasan

There is no translation available.

1.  Adakah seseorang yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] boleh mengemukakan rayuan? Dan bagaimana caranya?

Ya. Rayuan boleh dikemukakan secara bertulis kepada Bahagian Pengurusan Kawal Selia Pencegahan Jenayah dan Keganasan (PJK) beserta dokumen sokongan yang lengkap (sekiranya ada). Rayuan bertulis tersebut hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Kawal Selia Pencegahan Jenayah dan Keganasan

Aras 3, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62546 Putrajaya

W.P. PUTRAJAYA

2.  Bilakah rayuan boleh dikemukakan kepada PJK?

Rayuan boleh dikemukakan pada bila-bila masa selepas sesuatu Perintah / Hukuman dikeluarkan.

3.  Siapakah yang boleh mengemukakan rayuan?

Penama yang dikenakan tindakan di bawah Akta 297 atau Akta 769, peguam yang mewakili penama atau anggota keluarga kepada penama.

4.  Bagaimana saya ingin mendapatkan keputusan rayuan?

PJK akan menghantar keputusan secara bertulis kepada penama yang mengemukakan rayuan.

Last updated on
20 June 2025
Fixed Floating Side Menu