telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Maklumat Pelanggan

1) Permohonan Permit Filem Import.
 
Tujuan: Pemohon yang ingin membuat permohonan permit untuk mengimport filem-filem dari luar Negara mestilah terlebih dahulu membuat pendaftaran dengan syarikat dengan Pejabat Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri. (sila pastikan syarikat telah berdaftar dengan FINAS).
 
Tatacara permohonan:
 
Selepas membuat pendaftaran syarikat, pemohon hendaklah membuat pendaftaran dengan Dagang Net Technologies melalui laman web Dagang Net Technologies http://www.dagangnet.com.my. 
permohonan permit yang lengkap akan diproses dalam tempoh satu hari bekerja. 
 
 
2) Permohonan Pendaftaran Syarikat Pengedar Filem.
 
Tujuan: Pemohon yang ingin membuat permohonan penapisan filem/ bahan publisiti filem mestilah terlebih dahulu membuat pendaftaran syarikat dengan Pejabat Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri.
 
Tatacara permohonan:
 
Permohonan adalah secara online melalui laman web https://ilpf.moha.gov.my/portal/syarikat/13770
 
 
3) Permohonan Penapisan Filem.
 
Tujuan: Semua filem yang hendak disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan kepada umum hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem terlebih dahulu. 
 
Tatacara permohonan:
 
Permohonan adalah secara online melalui laman webhttps://ilpf.moha.gov.my/login 
 
Fi:
Bayaran tapisan Filem Biasa (untuk tayangan panggung):
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM5.60) + RM20.00
 
Bayaran tapisan Filem untuk Festival/ Kedutaan:
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM2.80) + RM20.00
 
 
4) Permohonan Penapisan Pita (DVD/ VCD/ Blu-ray dan lain-lain).
 
Tujuan: Semua pita yang hendak dijual atau diedarkan kepada umum hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem terlebih dahulu. 
 
Tatacara permohonan:
 
Permohonan adalah secara online melalui laman web Kementerian Dalam Negeri, https://ilpf.moha.gov.my 
 
 Fi:
Bayaran tapisan Pita Asal:
Formula : [Panjang pita (jam) x RM50] 
 
Bayaran tapisan Pita Kompilasi:
Formula : [Panjang Pita (jam) x RM25] 
 
 
5) Permohonan Perakuan B. 
 
Tujuan: Setiap salinan pendua filem/ pita mestilah mempunyai perakuan B.  Pemohon yang ingin memohon Perakuan B untuk filem dan pita hendaklah mendapatkan Perakuan A terlebih dahulu.
 
Tatacara permohonan:
 
Permohonan adalah secara online melalui laman web Kementerian Dalam Negeri,https://ilpf.moha.gov.my 
 
Fi:
Bayaran Sijil B Filem Biasa (untuk tayangan panggung):
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM2.80) + RM10.00/ perakuan
 
 
Bayaran Sijil B Filem untuk Festival/ Kedutaan:
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM1.12) + RM10.00/ perakuan
 
Bayaran tapisan Pita Asal:
Formula : RM0.90/ perakuan 
 
 
6) Permohonan Penapisan  Bahan Publisiti Filem dan Pita.
 
Tujuan:   Setiap bahan publisiti filem/ pita seperti poster, bunting, standess, banner, iklan surat khabar atau kulit muka hadapan DVD mestilah mendapat kelulusan LPF terlebih dahulu.  
 
Tatacara permohonan:
 
Permohonan adalah secara online melalui laman web Kementerian Dalam Negeri, https://ilpf.moha.gov.my 
 
Fi:
Bayaran Bahan Publisiti Filem : RM100/ tajuk
Bayaran Bahan Publisiti Pita : RM20/ tajuk
 
 
 7) Tawaran Perlantikan Anggota Lembaga Penapis Filem (ALPF).
 
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Penapis Filem di Kementerian Dalam Negeri dan permohonan boleh dibuat melalui laman web https://ilpf.moha.gov.my/portal/lpf/3218
 
 
Sila muat turun syarat-syarat kelayakan di sini:

Syarat-syarat Kelayakan LPF

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 04 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1083355

moha qrcode