telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • Budayakan Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Kewangan -- KSU KDN

Budayakan Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Kewangan -- KSU KDN

 

PUTRAJAYA: Pusat Tanggungjawab (PTJ) Kementerian Dalam Negeri diingatkan agar membudayakan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan. Menurut YBhg. Dato' Seri Alwi bin Hj Ibrahim, KSU KDN, pembudayaan budaya kerja yang baik akhirnya akan membentuk kakitangan yang berintegriti tinggi.

 

Beliau turut mengingatkan bahawa tahun 2018 adalah tahun untuk menggandakan produktiviti bagi memastikan penyampaian pekhidmatan dirasai oleh sengenap lapisan rakyat.

 

Beliau berkata demikian di hadapan Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai- pegawai PTJ di Majlis Pusat Tanggungjawab (PTJ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2018 di Auditorium Kompleks D, Putrajaya petang tadi.

 

Majlis yang dihadiri hampir 500 orang pegawai PTJ KDN ini diadakan bertujuan bagi menjelaskan arahan-arahan Ketua Setiausaha serta dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Kerajaan dalam meningkatkan tadbir urus khususnya pengurusan kewangan, perolehan, perakaunan, teguran audit dan integriti.

 

Sesi soal jawab juga turut diadakan diantara pengurusan KDN dan pegawai-pegawai PTJ untuk mendapatkan maklum balas dan input terutamanya mengenai pengurusan kewangan serta pelaksanaan 1GFMAS.

 

KSU KDN berterima kasih kepada semua atas maklumat dan maklum balas yang dikemukakan melalui sesi soal jawab tersebut. Menurut beliau, maklum balas yang dikemukakan amat berharga dimana pengurusan KDN akan dapat mengetahui masalah sebenar yang berlaku diperingkat pelaksana.

 

Beliau turut memohon agar maklumat dan maklum balas terus dikemukakan secara emel melalui alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk tindakan lanjut.

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1088603

moha qrcode