telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Pengenalan

LOGO KELABKDN

1. Kelab Kementerian Dalam Negeri atau singkatannya (“Kelab KDN”) telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 4 Januari 2009.

2. Selaras dengan Undang-Undang Kelab KDN, penubuhan Kelab KDN adalah bertujuan untuk:

· Membantu dan menjaga kebajikan dan kebaikan ahli;

· Mengadakan peluang dan kemudahan yang diperlukan untuk ahli mengasah bakat dalam lapangan sukan, kesusasteraan, kebudayaan serta kebajikan;

· Membaiki diri melalui kegiatan yang berkehendakan tenaga ramai atau daya usaha perseorangan;

· Menimbulkan semangat berpasukan dan kekitaan (esprit de corps) di kalangan ahli serta memperluaskan pandangan mereka; dan

· Menggalakkan rasa muhibah, saling menghormati, hubungan mesra serta semangat setiakawan di kalangan ahli.

3. Kelab KDN ditabir dan diuruskan secara profesional oleh satu (1) Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Kelab yang dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada:

· Yang Dipertua

· Penolong Bendahari Kehormat

· 2 Orang Timbalan Yang Dipertua

· 8 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa

· Setiausaha Kehormat

· 5 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa

· Penolong Setiausaha

· Pengamanah

· Bendahari Kehormat

· Pemeriksa Kira-Kira

4. Sehingga 1 April 2022, Kelab KDN dianggotai oleh 1,544 orang ahli yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan berjawatan tetap di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN), WP. Putrajaya (tidak termasuk pegawai dan kakitangan Jabatan / Agensi di bawah KDN).

5. Sejak dari penubuhannya, Kelab KDN telah berjaya melaksanakan banyak program dan aktiviti melalui pelbagai cabang kegiatan yang telah menyatukan serta membentuk ahli-ahlinya untuk lebih berdaya tahan, dinamik, progresif dan berjaya secara holistik.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 March 2024.
Visitor Count : 1071914

moha qrcode