Skip to main content

logo

mampu
img

PENGENALAN

Berdasarkan Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pasukan Polis adalah bertanggungjawab bagi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis. Walau bagaimanapun, tidak semua tugas dan tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh Suruhanjaya kerana sebahagian daripada fungsi-fungsi, tugas-tugas kewajipan dan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut telah diwakilkan kepada Ketua Polis Negara dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan P.U.(B) 441 bertarikh 14.12.2000.

Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

  • Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis, yang hendaklah menjadi Pengerusi
  • Pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis;
  • Orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha Kementerian di bawah Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis;
  • Seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
  • Tidak kurang daripada dua(2) orang tetapi tidak lebih daripada enam(6) orang anggota lain, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Terakhir dikemaskini pada
19 September 2025
Fixed Floating Side Menu