Skip to main content

logo

mampu
img

Fungsi Pusat di IPSOM

a) Penyelidikan dan Penerbitan

• Mengumpul, mengkaji, mendokumentasi dan menyebarluaskan hasil penyelidikan serta kajian yang dilaksanakan secara in house atau secara kerjasama strategik bersama institusi lain di dalam negara.
• Menerbitkan jurnal berkala iaitu Journal of Public Security and Safety dan terbitan-terbitan tidak berkala.

b) Analisis Dasar dan Strategi Keselamatan       

• Mengurus dan menjalankan analisis ke atas dasar dan strategi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam.
• Melaksanakan senario building, technology insight/foresight, feasibility studies berhubung pelaksanaan dasar, strategi, kaedah dan sistem baharu bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam pada masa akan datang sentiasa terkawal dan terpelihara.
• Berfungsi untuk menjana idea, menggalakkan percambahan ilmu dan perbincangan konstruktif berkenaan isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam melalui penganjuran seminar, dialog dan forum bersama rakan strategik sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

c) Fungsi Kerjasama Strategik

• Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau program kerjasama strategik di antara agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri, agensi dari kementerian lain, pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan.          
• Menjadi focal point dalam pelaksanaan program kerjasama strategik yang mana dipantau oleh Kementerian Kewangan.

d) Fungsi Pentadbiran

• Unit Pentadbiran sebagaimana namanya adalah bertanggungjawab melaksanakan fungsi pentadbiran dan perkhidmatan sokongan di IPSOM.

(Dikemaskini: 1 Julai 2025)

Terakhir dikemaskini pada
19 September 2025
Fixed Floating Side Menu