Soalan Lazim Senjata Api
Soalan Lazim
1. Bolehkah saya mengemukakan permohonan untuk memiliki senjata terus kepada Kementerian ?
- Tidak. Kemeneterian hanya memproses permohonan rayuan yang telah ditolak oleh pihak PDRM.
2. Bilakah saya perlu mengemukakan rayuan kepada Kementerian ?
- Perayu perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat penolakan Ketua Polis Negara. Sekiranya rayuan dikemukakan selepas tempoh tersebut maka perayu perlu mengemukakan rayuan baharu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah.
3. Bolehkah Kementerian mengeluarkan lesen memiliki senjata api ?
- Tidak. Kementerian hanya mengeluarkan keputusan terhadap permohonan rayuan pemilikan senjata api. Lesen pemilikan dikeluarkan oleh PDRM.
4. Dimanakah saya boleh mengemukakan permohonan untuk memiliki senjata api ?
- Permohonan untuk memiliki senjata api boleh dikemukakan di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah yang bertanggungjawab terhadap daerah tempat tinggal perayu.
5. Bagaimanakah saya boleh menyemak status rayuan saya ?
- Perayu boleh menghubungi talian telefon 03-88868546 / 8541 dan nyatakan nombor fail untuk semakan. Selain itu, perayu juga boleh membuat semakan status rayuan secara atas talian di pautan https://wems.moha.gov.my/wems/semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor rujukan fail yang diberikan kepada perayu. Perayu juga boleh mengirim surat kepada Kementerian atau hadir sendiri ke Kementerian setelah membuat temujanji. Perayu tidak boleh melantik wakil bagi urusan rayuan melain sekiranya perayu tidak boleh hadir sendiri atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan bagi mengelakkan kes-kes penipuan dan salah guna kuasa.
6. Apakah yang perlu saya buat setelah menerima surat kelulusan dari Kementerian ?
- Perayu perlu merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh surat kelulusan tersebut.
7. Bagaimana sekiranya saya ingin menambah syarat kepada lesen saya ?
- Bagi pemilik lesen yang menerima kelulusan dari PDRM maka permohonan untuk menambah syarat boleh dibuat kepada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman. Sekiranya kelulusan pemilikan senjata api diperolehi dari Kementerian, maka pemilik lesen boleh mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian menerusi Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam.
8. Bolehkah saya merayu terhadap keputusan Menteri untuk menolak permohonan saya ?
- Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa sebarang keputusan Menteri adalah kekal dan muktamad.
9. Apakah yang saya perlu buat sekiranya permohonan saya ditolak ?
- Perayu perlu mengemukakan permohonan yang baru di Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dengan menyertakan asas-asas permohonan untuk pertimbangan.
10. Bolehkah saya merayu terus kepada Kementerian walaupun keputusan daripada Ketua Polis Negara belum diterima ?
- Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa kuasa Menteri untuk mempertimbangkan sebarang kes adalah hanya setelah ianya ditolak oleh pihak PDRM.
11. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi mengemaskinikan pangkalan maklumat Kementerian ?
- Dokumen am iaitu butiran peribadi perayu (alamat terkini, nombor telefon; dan
- Dokumen khusus yang boleh dikemukakan bergantung kepada tujuan pemilikan iaitu:
- Mencegah musuh tanaman pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman
- Menjaga keselamatan diri dan harta benda penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini, salinan aduan kepada polis mengenai ancaman
- Bersukan sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara
