Skip to main content

logo

mampu
img

Lembaga Pencegahan Keganasan

Urus Setia Lembaga Pencegahan Keganasan (ULPK), Kementerian Dalam Negeri diwujudkan melalui Waran Perjawatan Bil. K 129 Tahun 2015 oleh Kementerian Kewangan pada 7 September 2015. Pewujudan bahagian ini selaras dengan penggubalan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] berkuatkuasa pada 1 September 2015. Bahagian ini bertanggungjawab sebagai sekretariat penyelaras kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan Akta tersebut.

Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara pada 14 Oktober 2014 telah memutuskan supaya Kertas Putih disediakan bagi menerangkan kepada rakyat akan bahaya ancaman kegiatan kumpulan militan Islamic State (IS) melibatkan rakyat Malaysia dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Keputusan dicapai ke arah penggubalan satu undang-undang khusus menangani keganasan dan seterusnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 April 2015 dan Dewan Negara pada 23 April 2015. 

Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] adalah suatu undang-undang pencegahan yang merupakan langkah proaktif Kerajaan terhadap undang-undang punitif yang lain. Ianya diwujudkan dengan matlamat untuk mencegah pelakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian di sesuatu negara asing. Akta ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan keamanan Negara terjamin demi kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya.

Terakhir dikemaskini pada
08 Julai 2026
Fixed Floating Side Menu