Syarat Permohonan
Bahan Letupan
Syarikat Pengendalian Pertunjukan Bunga Api dan Piroteknik
- Syarikat yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Mempunyai lesen magazin yang dikeluarkan oleh PDRM yang sah dan berkuatkuasa;
- Mempunyai juruletup yang bertauliah dan lulus tapisan keselamatan;
- Mengemukakan permohonan beserta dokumen seperti berikut:
- Surat Rasmi Permohonan
- Maklumat Korporat Syarikat
- Kertas Kerja Cadangan / Perancangan Perniagaan Syarikat
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Senarai Nama, Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelayakan Juruletup
- Penyata bank 3 bulan terkini syarikat
- Dokumen teknikal seperti berikut:
- Alamat, gambar dan spesifikasi teknikal magazin (tempat simpan) bahan letupan;
- Senarai dan gambar bahan letupan bunga api dan piroteknik yang akan diimport;
- Material Safety Data Sheet (MSDS) bagi bunga api dan piroteknik; dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan (jika ada).
- Senarai semak
- Surat rasmi permohonan dan dokumen yang lengkap dikemukakan kepada alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 9 & 10, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
No. Tel: +603-8886 8313/+603-8886 8541
No faks: 03-88891763/175
Emel:
- Kategori majlis / sambutan:
- Permohonan yang layak diberi pertimbangan adalah seperti berikut:
- Majlis atau sambutan peringkat kebangsaan atau negeri anjuran Jabatan/Agensi Kerajaan;
- Majlis sambutan badan korporat yang mempunyai nilai komersial;
- Sambutan hari perayaan;
- Majlis atau sambutan yang memberi manfaat kepada masyarakat; dan
- Pertunjukan yang melibatkan industri perfileman.
- Permohonan yang tidak layak diberi pertimbangan adalah seperti berikut:
- Majlis atau sambutan yang bersifat peribadi seperti perkahwinan, sambutan hari jadi dan sebagainya;
- Majlis atau sambutan berunsur politik;
- Sebarang pertunjukan di majlis yang berunsur keagamaan; dan
- Majlis atau sambutan yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat.
- Permohonan yang layak diberi pertimbangan adalah seperti berikut:
- Lokasi pertunjukkan:
- Kawasan perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan dan kesesuaian persekitaran dengan mengambil kira jarak daripada kawasan-kawasan seperti perumahan, hospital, sekolah, stesen minyak dan lain-lain yang seumpamanya;
- Mengambil kira sensitivity masyarakat setempat khususnya daripada segi budaya dan agama; dan
- Kawasan dipastikan selamat oleh PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
- Tempoh masa pertunjukan:
- Tempoh masa pertunjukan adalah tidak melebihi 10 minit bagi pertunjukan bunga api manakala tidak melebihi 1 minit bagi pertunjukan theatrical pyrotechnic effect (TPE);
- Masa bagi mengadakan pertunjukan adalah tidak melebihi jam 12.00 tengah malam kecuali bagi majlis-majlis yang membabitkan waktu tengah malam seperti Sambutan Tahun Baru dan Sambutan Hari Kebangsaan; dan
- Waktu dan tempoh pertunjukan bunga api perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat khususnya dari segi budaya dan agama.
Syarikat Pengimport Bunga Api Happy Boom dan Pop-Pop
- Syarikat yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Mempunyai lesen magazin yang dikeluarkan oleh PDRM yang sah dan berkuatkuasa;
- Mengemukakan permohonan beserta dokumen seperti berikut;
- Surat Rasmi Permohonan;
- Maklumat Korporat Syarikat;
- Kertas Kerja Cadangan/ Perancangan Perniagaan Syarikat;
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Penyata bank 3 bulan terkini syarikat
- Dokumen teknikal seperti berikut:
- Alamat, gambar dan spesifikasi teknikal magazin (tempat simpan) bahan letupan;
- Senarai dan gambar bunga api jenis Happy Boom dan Pop-Pop yang akan diimport;
- Material Safety Data Sheet (MSDS) bagi bunga api jenis Happy Boom dan Pop-Pop; dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan (jika ada).
- Senarai semak
- Surat rasmi permohonan dan dokumen yang lengkap dikemukakan kepada alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 9 & 10, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
No. Tel: +603-8886 8313/+603-8886 8541
No faks: 03-88891763/175
Emel:
- Senarai 45 jenis bunga api happy boom dan pop-pop yang dibenarkan unutk jualan umum sempena musim perayaan adalah seperti Jadual [P.U. (B) 41] - Pemberitahuan Larangan Bahan Letupan 2025 sahaja.
- Bunga api hanya dibenarkan untuk jualan umum sempena musim perayaan yang diiktiraf oleh Kerajaan seperti berikut:
- Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha;
- Tahun Baru Cina;
- Deepavali;
- Krismas;
- Gawai; dan
- Kaamatan.
Senjata Berbahaya
- Senjata berbahaya seperti senarai dalam Jadual Kedua Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357] dan senarai di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 adalah termasuk dalam kategori yang dilarang dibawa masuk ke dalam negara dan perlu mendapat kebenaran pihak KDN seperti di Jadual.
- Mana-mana individu atau syarikat yang berhasrat untuk membawa masuk senjata-senjata berbahaya ke dalam negara atau barangnya telah ditahan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu membuat permohonan kepada KDN dengan mengemukakan borang yang boleh diperolehi di laman sesawang rasmi KDN melalui surat/emel yang dialamatkan kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 9 & 10, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
No. Tel: +603-8886 8313/+603-8886 8541
No faks: 03-88891763/175
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Borang Permohonan mestilah lengkap dan mengandungi butir-butir mengikut kategori berikut:
- Kategori barang yang belum ditahan
- Jenis senjata yang dimohon beserta gambar sebenar;
- Jumlah senjata yang akan dibawa;
- Tempat asal senjata tersebut diperolehi;
- Tujuan penggunaan senjata;
- Alamat dan tempat penyimpanan senjata tersebut;
- Bukti pembelian senjata (invois/ purchase order); dan
- Lain-lain dokumen sokongan sekiranya ada
- Kategori barang yang telah ditahan
- Jenis senjata yang dimohon beserta gambar sebenar;
- Jumlah senjata yang dibawa;
- Tempat asal senjata tersebut diperolehi;
- Tujuan penggunaan senjata;
- Alamat dan tempat penyimpanan senjata tersebut;
- Notis tahanan / sitaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau ejen penghantaran;
- Bukti pembelian senjata (invois/ purchase order); dan
- Lain-lain dokumen sokongan sekiranya ada.
- Kategori barang yang belum ditahan
- Bagi permohonan yang merangkumi lebih dari satu (1) senjata, gambar yang dikembarkan perlu diambil merangkumi semua senjata sebagai satu set.
- Borang permohonan

Bahasa Melayu
English (United Kingdom)