Skip to main content

logo

mampu
img

Definisi / Penerangan

  1. "Bahan Letupan" ialah serbuk letupan, nitrogliserina, dinamit, kapas letupan, serbuk peledak, fulminat mekuri atau logam-logam lain, api berwarna, dan tiap-tiap benda lain yang digunakan atau dikilang bagi maksud menghasilkan suatu efek praktikal melalui letupan atau suatu efek praktikal melalui letupan atau suatu efek piroteknik dan termasuklah alat isyarat kabus, bunga api, fius, roket, kap letupan, peletus, kertus, segala jenis amunisi, dan tiap-tiap padanan atau sediaan sesuatu bahan letupan, apa-apa benda bagi membuat sesuatu bahan letupan dan apa-apa radas, mesin, alat atau benda yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan sesuatu letupan dalam atau dengan sesuatu bahan letupan dan mana-mana bahagian sesuatu radas, mesin atau alat sedemikian.

  2.  Bunga Api dan Piroteknik

    - Piroteknik ialah bahan sains yang mampu menjalani tindakan balas kimia pembakaran yang serba lengkap dan mampan untuk penghasilan haba, cahaya, gas, asap dan bunyi.


    - Pertunjukan bunga api dan piroteknik ialah persembahan visual dan bunyi untuk acara rasmi, perayaan atau hiburan yang dihasilkan melalui pembakaran bahan yang memerlukan pengendalian secara profesional dan selamat bagi mencegah dan meminimumkan risiko letupan, kebakaran, kecederaan atau kematian.

    - Setiap
    pertunjukan bunga api perlu menggunakan syarikat berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya bunga api dan piroteknik jenis Theatrical Pyrotechnic Effect (TPE) dan display shell fireworks sahaja dibenarkan.

    3. Bunga Api (Happy Boom dan Pop-Pop)

    - Bunga api ialah sebuah bahan yang terdiri daripada gabungan bahan letupan dan bahan kimia yang terbakar, dihidupkan untuk menghasilkan warna, cahaya, asap dan bunyi untuk hiburan perayaan dan sambutan.

    - Kerajaan Malaysia
    melarang sebarang bentuk pembakaran, pengimportan, penyimpanan dan penjualan bahan letupan jenis bunga api atau mercun kecuali dari jenama Happy Boom dan Pop-Pop seperti yang dinyatakan dalam P.U. (B) 41 - Pemberitahuan Larangan Bahan Letupan 2025.


    SENJATA BERBAHAYA

    1. “Senjata berbahaya” didefinisikan sebagai apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin boleh menyebabkan kecederaan. Senarai senjata berbahaya ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Jadual Kedua, Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357].

    2. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 menyenaraikan item-item yang dilarang untuk diimport masuk ke dalam negara dan perlu mendapat lesen import atau kebenaran dari agensi kawal selia yang berkaitan. Item-item yang disenaraikan di bawah Perintah tersebut yang melibatkan senjata berbahaya memerlukan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Terakhir dikemaskini pada
27 Januari 2026
Fixed Floating Side Menu