Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Malaysia.
Tel: 03-8000 8000
Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
Menganalisis dan menyediakan laporan Prestasi Pertimbangan Lembaga Parol sebelum atau pada 10hari bulan, bulan berikutnya.
Menyediakan maklumbalas berkaitan Keurusetiaan Lembaga Parol dan status permohonan parol banduan daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan dan orang awam dalam masa tujuh (7) hari.
Mengagihkan dosir banduan kepada Pengerusi dan Anggota Lembaga Parol dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dosir banduan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM).
Melaksanakan persidangan Lembaga Parol tidak kurang dua (2) minggu daripada Tarikh Layak Parol banduan untuk mempertimbangkan pelepasan secara parol.
Memaklumkan keputusan Lembaga Parol kepada Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh persidangan Lembaga Parol.
Mengemukakan Perintah Parol kepada IPPM dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh persidangan Lembaga Parol.