Maklumat Perkhidmatan
1. SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEURUSETIAAN
Unit Kewangan
(i) Merancang dan menyelaras perbelanjaan semasa Bahagian Khidmat Pengurusan dan pejabat anggota pentadbiran berdasarkan peruntukan yang disediakan; dan
(ii) Melaksanakan bayaran Panjar Wang Runcit dan bil-bil di bawah Bahagian.
Unit Pentadbiran
(i) Mengurus hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan kakitangan,
(ii) Menguruskan program Briged Kesenian KDN; dan
(iii) Mengendalikan program-program anjuran Kementerian serta program-program luar yang melibatkan Kementerian dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan imej Kementerian terpelihara.
Unit Kenderaan
(i) Mengurus perolehan kenderaan rasmi pegawai dan kenderaan Kementerian; dan
(ii) Menguruskan hal-hal berkaitan kenderaan Jabatan dan Kereta Rasmi Jawatan dari segi penyeliaan, permohonan dan pemantauan kad inden minyak, kad Touch N Go, penyata minyak, pembaikan, perbersihan.
Unit Keurusetiaan dan Kualiti
(i) Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Pentadbiran pegawai dan kakitangan Bahagian KP,
(ii) Penyelaras ekosistem kondusif sektor awam Kementerian Dalam Negeri dan EKSA do-it-yourself,
(iii) Menyelaras myPortfolio Jabatan/ Agensi/ Bahagian di Kementerian,
(iv) Menyelaras Inovasi dan Kumpulan Inovasi dan kreatif di Kementerian,
(v) Menyelaras Data Terbuka Bahagian KP; dan
(vi) Menyelaras Key Performance Inced (KPI) Outcome Base Budgeting (OBB) Bahagian KP.
2. SEKSYEN KESELAMATAN
Unit Keselamatan
(i) Mengurus dan memastikan keselamatan fizikal, dalaman dan individu serta keselamatan harta benda pejabat dilaksanakan berdasarkan Arahan Keselamatan yang sedang berkuatkuasa,
(ii) Mengurus dan memastikan keselamatan fizikal, dalaman dan individu serta keselamatan harta benda di Kompleks milik KDN dan Kompleks ICQS/CIQ dilaksanakan berdasarkan Arahan Keselamatan, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dan Sasaran Penting yang sedang berkuat kuasa,
(iii) Memastikan bangunan, sistem keselamatan dan kawasan sekitar dalam keadaan selamat dan terkawal; dan
(iv) Memberikan pengesahan dan kelulusan permohonan untuk pas pekerja, syarikat dan pelawat.
3. SEKSYEN PENYELENGGARAAN
Unit Penyelenggaraan
(i) Mengurus dan menyelaras penyelenggaraan kebersihan pejabat, perkhidmatan kawalan serangga, pembekalan peralatan Hygienic, kemudahan telefon serta keceriaan dan keindahan pejabat,
(ii) Mengurus penyediaan dan penyewaan pejabat baru serta pelanjutan sewa ruang pejabat Kementerian dan pejabat-pejabat cawangan,
(iii) Penyelarasan kerja-kerja ubah suai dan penggunaan ruang pejabat di Kementerian,
(iv) Urusan dan tanggungjawab berkaitan dasar, polisi dan pengurusan Bangunan, Kompleks KDN dan Kompleks ICQS/CIQ adalah di bawah Unit Pengurusan Kompleks; dan
(v) Ahli kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
4. SEKSYEN PENGURUSAN ASET
Unit Aset Alih
(i) Sebagai Pegawai Aset Kementerian,
(ii) Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan peringkat Kementerian Dalam Negeri,
(iii) Menyelaras dan mendaftar aset alih dan inventori Kementerian,
(iv) Menyelaras pemeriksaan tahunan aset alih Kementerian; dan
(v) Melaksana dan memantau pengurusan aset tak alih Kementerian/Jabatan/Agensi (Pendaftaran, Perancangan, Perbelanjaan, Aktiviti Operasi dan Penyelenggaraan serta Pelupusan).
Unit Aset Tak Alih
(i) Mengawal dan menilai pencapaian Pelan Perlaksanaan Aktiviti setiap Fasa dalam Kitaran Hayat Aset Tak Alih; dan
(ii) Memastikan penggunaan sistem pengurusan aset tak alih (MYSPATA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
Unit Stor
(i) Memastikan setiap aset/barang stor yang diterima menepai spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan aset/barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan; dan
(ii) Mengendalikan stor pusat.
5. SEKSYEN PENGURUSAN REKOD DAN KOORDINASI LUAR
Unit Pengurusan Perpustakaan
(i) Bertanggungjawab menguruskan perpustakaan.
Unit Fail
(i) Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara; dan
(ii) Memantau dan menguruskan pelaksanaan DDMS di Kementerian.
Unit Surat
(i) Penerimaan dan pendaftaran dokumen dan surat; dan
(ii) Mendaftar semua surat dan dokumen keluar dan masuk dari/ke Pejabat Mengurus pengagihan, merekod surat dan dokumen, pos laju dan Pos Berdaftar untuk semua Bahagian di dalam Kementerian.