Maklumat Perkhidmatan
Pengurusan Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tahunan
- Merancang dan menyelaras penyediaan cadangan anggaran belanjawan mengurus mengikut belanjawan program dan aktiviti.
- Mengagih dan mengawal peruntukan belanjawan mengurus mengikut program dan aktiviti.
- Mengurus pindah peruntukan dan tambahan peruntukan.
Keurusetiaan Mesyuarat Pengurusan Kewangan
- Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Peringkat Kementerian dan Jabatan.
Pengurusan Laporan, laporan Perakaunan dan Jawapan Audit
- Menyediakan Laporan mingguan dan bulanan Perbelanjaan Mengurus Unjuran Aliran Tunai, Bil Tertunggak dan Hasil.
- Mengkaji dan menyediakan jawapan kepada teguran Audit.
Latihan
- Menguruskan program latihan berkaitan dengan pengurusan kewangan.
Kelulusan Khas
- Menguruskan permohonan sewaan ruang pejabat Kementerian dan Jabatan.
- Memproses permohonan untuk kelulusan khas di bawah AP58(a) dan AP59.
- Menyelaras dan menyediakan kertas Kelulusan Pegawai Pengawal bagi Urusan Rasmi ke Luar Negara.
- Memproses permohonan kelulusan pemasangan alat penyaman udara bagi Kementerian dan Jabatan.
Pengurusan Pembayaran Tetap dan Tuntutan
- Memproses baucar bayaran dengan pesanan kerajaan menggunakan sistem eSPKB.
- Memproses baucar bayaran dengan pesanan kerajaan menggunakan sistem ePerolehan.
- Memproses baucar bayaran bil/invois tanpa pesanan tempatan.
- Memproses baucar bayaran bagi caj perkhidmatan pinjaman kerajaan menggunakan sistem eSPKB.
- Memproses baucar bayaran pindahan telegrafik dan bank draf.
- Memproses tuntutan perjalanan dalam dan luar negeri.
- Memproses tuntutan elaun lebih masa.
- Memproses permohonan pendahuluan diri.
- Menguruskan penyediaan borang perubahan gaji bulanan (SG 20).
- Menyediakan baucar bayaran elaun tanggung kerja dan semua jenis elaun pakaian.
- Menyediakan baucar bayaran elaun Pembantu Tadbir Sambilan dan Elaun Memandu.
- Menguruskan penyediaan baucar Bayaran Pelarasan Emolumen Pegawai yang Bertukar Masuk/Keluar Kementerian.
- Menguruskan kutipan /bayaran balik gaji/ elaun terlebih bayar.
- Menyemak Flimsi Bayaran Pukal (BP 20&21).
- Membuat penyesuaian dan menyediakan penyata penyesuaian belanja mengurus.
Pengurusan Pinjaman Kenderaan dan Komputer
- Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan menyediakan lampiran untuk pinjaman kenderaan.
- Proses permohonan pinjaman komputer dan menyediakan lampiran untuk pinjaman komputer .
Pengurusan Perolehan
- Mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi bekalan menggunakan sistem ePerolehan.
- Mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi perkhidmatan menggunakan sistem ePerolehan.
- Mengeluarkan Pesanan Tempatan menggunakan sistem eSPKB.
Kelulusan Bayaran Balik Hasil
- Memproses permohonan tuntutan bayaran balik wang yang telah dikreditkan ke Hasil Kerajaan.
Pengurusan Terimaan
- Menguruskan terimaan hasil, penyediaan resit memungut.
- Menguruskan terimaan wang/cek/wang pos dan semua bayaran atas nama Ketua Setiausaha dan menulis resit.
- Penyediaan penyata pemungut.
- Membuat penyesuaian dan menyediakan penyata penyesuaian hasil.
Pengurusan Hapus Kira Kehilangan Wang Awam/Tunggakan Hasil yang Tidak Dapat Dikutip
- Menguruskan hapus kira kehilangan wang awam /tunggakan hasil yang tidak dapat dikutip.
Pengurusan Waran
- Memproses waran peruntukan yang diterima dari Unit Belanjawan ke dalam sistem eSPKB.
- Menguruskan tempahan tiket dan menyediakan waran penerbangan udara.
Pengurusan Penurunan Kuasa
- Memproses penurunan kuasa Pengurusan Kewangan Pegawai Pengawal.
Panjar Wang Runcit
- Menguruskan buku cerakinan tunai.
- Menguruskan panjar wang runcit.
Terakhir dikemaskini pada
08 Oktober 2025