telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan Lazim

A. KEWARGANEGARAAN MALAYSIA

 

Apakah prosedur permohonan kewarganegaraan Malaysia?                                                                                                                                                                                

Seseorang individu yang telah memenuhi syarat yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan boleh mengemukakan permohonan kewarganegaraan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Maklumat lanjut berhubung syarat dan prosedur boleh dirujuk terus kepada JPN melalui perkhidmatan kaunter atau laman sesawang www.jpn.gov.my.

 

Saya telah mengemukakan permohonan kewarganegaraan di JPN. Hasil semakan mendapati fail permohonan telah dimajukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN). Berapa lamakah proses sehingga keputusan dikeluarkan?

Semua permohonan akan diteliti mengikut giliran secara case-by-case berdasarkan kepada peruntukan perundangan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pemohon akan dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh 40 hari dari tarikh keputusan YB Menteri Dalam Negeri.

 

Saya telah mengemukakan permohonan kewarganegaraan di JPN dan mempunyai isu berkaitan dengan pendidikan / kesihatan / dokumen perjalanan / lain-lain. Bolehkah proses permohonan saya dipercepatkan?

Kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia yang hanya diberikan kepada individu yang berkelayakan, berkualiti, dapat memberikan sumbangan signifikan kepada negara serta menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap permohonan diproses mengikut giliran dan pertimbangan akan mengambil kira kepentingan nasional serta keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada. Sebarang isu berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, dokumen perjalanan atau lain-lain perlu dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

 

Permohonan kewarganegaraan saya telah ditolak. Bolehkah saya mengemukakan rayuan?

Tiada rayuan yang boleh dikemukakan kerana keputusan adalah muktamad. Walau bagaimanapun, pemohon boleh mengemukakan permohonan baharu di JPN, tertakluk kepada syarat yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 

Saya ingin melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk melepaskan kewarganegaraan?

Seseorang warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas boleh melepaskan kewarganegaraan, tertakluk kepada syarat yang diperuntukkan di bawah Perkara 23(1), Perlembagaan Persekutuan. Permohonan tersebut boleh dikemukakan kepada JPN. Maklumat lanjut berhubung syarat dan prosedur boleh dirujuk terus kepada JPN melalui perkhidmatan kaunter atau laman sesawang www.jpn.gov.my.

 

Saya telah melepaskan / telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia dan berhasrat untuk mendapatkan kembali kewarganegaraan Malaysia. Adakah saya boleh berbuat sedemikian?

Individu yang telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan dibenarkan untuk mengemukakan permohonan semula kewarganegaraan Malaysia, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Permohonan tersebut boleh dikemukakan kepada JPN. Pencerahan lanjut berhubung perkara ini boleh dirujuk terus kepada JPN bagi mendapatkan khidmat nasihat yang bersesuaian dengan latar belakang kes.

 

Saya ingin mengemukakan pertanyaan / membuat semakan status permohonan kewarganegaraan. Apakah cara untuk saya menghubungi pegawai yang berkenaan?

Pertanyaan atau semakan status permohonan boleh dikemukakan melalui kaunter KDN di Kompleks D Putrajaya, talian telefon di 03-88863367 / 03-88863172 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

B. PENDAFTARAN PERTUBUHAN

 

Apakah jenis pertubuhan yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

Bidang kuasa KDN adalah bagi pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. Definisi pertubuhan di bawah Akta 335 ini adalah persatuan, kelab atau badan yang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh (7) orang ahli, mempunyai tujuan tertentu dan boleh bersifat kekal atau sementara. Dalam hal ini, pertubuhan yang telah disahkan pewujudan di bawah undang-undang lain yang berkuatkuasa seperti syarikat, kesatuan sekerja, koperasi dan sebagainya tidak perlu berdaftar di bawah Akta ini.

 

Apakah prosedur untuk mendaftarkan sesebuah persatuan di bawah Akta 335?

Permohonan pendaftaran pertubuhan boleh dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di negeri-negeri berkaitan mengikut alamat berdaftar pertubuhan yang hendak didaftarkan tertakluk kepada kelayakan dan syarat yang ditetapkan. Maklumat lanjut berhubung syarat dan prosedur boleh dirujuk terus kepada JPPM melalui perkhidmatan kaunter atau laman sesawang www.ros.gov.my.

 

Bolehkah permohonan pendaftaran pertubuhan dikemukakan terus kepada KDN tanpa melalui JPPM?

Pemprosesan permohonan pendaftaran pertubuhan adalah di bawah bidang kuasa JPPM.

 

Pertubuhan saya telah dibatalkan oleh JPPM. Bolehkah saya mengemukakan rayuan di KDN?

Permohonan rayuan menarik balik pembatalan pendaftaran pertubuhan adalah di bawah bidang kuasa KDN. Walau bagaimanapun, semua rayuan perlu dikemukakan terlebih dahulu melalui JPPM.

 

Berapakah tempoh proses permohonan rayuan bagi menarik balik pembatalan pendaftaran pertubuhan?

Tempoh masa yang diambil bagi memproses permohonan rayuan menarik balik pembatalan pendaftaran pertubuhan adalah bergantung kepada maklumat yang dibekalkan oleh pemohon. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh fail permohonan diterima daripada JPPM. Pemohon akan dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh keputusan YB Menteri Dalam Negeri.

 

Saya ingin mengemukakan pertanyaan / membuat semakan status permohonan rayuan menarik balik pendaftaran pertubuhan. Apakah cara untuk saya menghubungi pegawai yang berkenaan?

Pertanyaan atau semakan status permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui kaunter KDN di Kompleks D Putrajaya, atau hubungi talian 03-88863367 / 03-88863172 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 04 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1083360

moha qrcode