Skop penubuhan / pelaksanaan Suruhanjaya
i. Meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis;
ii. Menyiasat kejadian penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis;
iii. Menyiasat prosedur semasa dan selepas kejadian yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa;
iv. Menjalankan siasatan (inkuiri) terhadap pegawai-pegawai penyiasat, saksi-saksi dan mana-mana individu yang difikirkan perlu;
v. Menyiasat sama ada penambahbaikan telah dilaksanakan terhadap prosedur penguatkuasaan selepas kejadian;
vi. Mengenal pasti implikasi terhadap negara selepas kejadian (imej, kewangan, hubungan bilateral dan hak asasi);
vii. Mengesyorkan tindakan dan penambahbaikan yang boleh diambil oleh Kerajaan; dan
viii. Mengemukakan laporan siasatan Suruhanjaya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.