Pengenalan
Bahagian Pembangunan merupakan Bahagian yang bertanggungjawab secara khusus terhadap pengurusan, pemantauan dan penyelarasan projek-projek pembangunan fizikal Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan/Agensi di bawahnya. Objektif utama Bahagian ini adalah untuk memastikan projek-projek pembangunan fizikal Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya diuruskan dengan cekap dan berkesan.
Visi
Menjadikan Bahagian Pembangunan sebagai sebuah organisasi yang unggul, cekap dan berkesan dalam menguruskan projek-projek pembangunan Kementerian Dalam Negeri dan jabatan / agensi di bawahnya.
Misi
Merancang, melaksana, memantau dan menilai semua projek-projek pembangunan dengan menggunakan kaedah yang berkesan.
Objektif Bahagian
- Mengurus, mengawal serta memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri agar berjalan lancar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Mengurus hal ehwal tanah untuk projek pembangunan fizikal agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan berkesan.
- Menyelaras maklumat pelaksanaan projek-projek Kementerian di dalam Sistem Pemantauan Projek (SPPII).