phone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

  03 - 8000 8000       
  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

logo-header

logo-header

Soalan Lazim

1. Apakan bentuk pencetakan/ penerbitan teks al-Quran yang memerlukan lesen ?

  • Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).

2. Apakah prosedur untuk memohon Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran.

  • Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
  • Sertakan maklumat-maklumat/ dokumen berkaitan :-
    • Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah (Di bawah AMCP 1984)
    • Salinan Surat Pendaftaran
    • Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
    • Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran Borang A (1)
    • Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
    • Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang yang pakar dalam bidang :
      • Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz
      • Pengajian Syariah
    • Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF
    • Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
    • Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)

3. Saya ingin mencetak al-Quran, syarikat manakah yang memiliki Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran ?

  • Tuan boleh merujuk kepada senarai syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan Lesen oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana yang disenaraikan dalam web ini.

4. Apakah jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia ?

  • Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran telah menetapkan bahawa rasm Al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani Riwayat Hafs An Asim.

5. Siapakah pihak berkuasa yang memastikan kesahihan dan meluluskan teks Al-Quran ?

  • Setiap teks Al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 04 Oktober 2022.
Jumlah Pelawat : 821854

moha qrcode