Lesen Agensi Persendirian terbahagi kepada dua jenis dengan syarat pemilikan lesen seperti berikut:
Lesen Agensi Persendirian (Syarikat Kawalan Keselamatan)
Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Senior Asisten Komisioner (SAC) atau Brigadier Jeneral (Brig Jen) / setaraf dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat ATAU bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 54 dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat;
Syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan pemilikan saham atau ekuiti secara individu;
Memiliki modal berbayar sebanyak RM600,000.00;
Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera sebanyak 70%;
Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan keselamatan;
Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat tidak bankrap; dan
Had maksimum umur semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham adalah 70 tahun semasa kali pertama memohon.
Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Asisten Superintenden Polis (ASP) atau Kapten / setaraf dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat.
Syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan pemilikikan saham atau ekuiti secara individu;
Memiliki modal berbayar sebanyak RM50,000.00.
Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan keselamatan;
Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat tidak bankrap; dan
Had maksimum umur semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham adalah 70 tahun semasa kali pertama memohon.
PERMOHONAN LESEN AGENSI PERSENDIRIAN BAGI TAHUN 2019 TELAH DITUTUP. HARAP MAKLUM.