telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

Bahagian Akaun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan KDN dan merupakan sebuah Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS). Antara tanggungjawab Bahagian Akaun adalah memperakaunkan kutipan hasil kerajaan, menguruskan pembayaran bagi perbelanjaan, menyediakan laporan perakaunan dan memberi khidmat nasihat berkaitan dengan perakaunan dan kewangan Kementerian. Bahagian Akaun diketuai oleh Ketua Akauntan Gred Jusa C dengan perjawatan diluluskan seramai 115 orang.

Dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan perakaunan, bahagian ini dibahagikan kepada lima (5) seksyen iaitu Seksyen Pengurusan Perakaunan, Seksyen Perakaunan Kewangan, Seksyen Perundingan, Seksyen Pemantauan dan  Seksyen Pentadbiran dan Kewangan. Tugas-tugas yang dijalankan adalah bagi memastikan bayaran dibuat mengikut peraturan dan dalam tempoh yang ditetapkan termasuk pembayaran gaji, menentukan ketepatan pungutan hasil kerajaan dan menyediakan Penyata Kewangan lengkap Kementerian. Disamping itu juga, Bahagian Akaun perlu memastikan pelaksanaan sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak tatacara perakaunan, memberi khidmat nasihat perakaunan dan kewangan, menjalankan program naziran, menyemak dokumen akaun terimaan dan mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Bahagian Akaun juga terlibat di dalam menganjurkan kursus-kursus, latihan dan bengkel kewangan dan perakaunan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan pengumpulan maklumat pengurusan. Kewujudan lima (5) seksyen ini juga adalah bagi memantapkan pengurusan Bahagian Akaun di dalam merealisasikan pelaksanaan Perakaunan Akruan.

 

Visi

Ke arah Menjadikan Perkhidmatan Perakaunan dan Kewangan Kementerian yang terbilang.


Misi

Memberikan Perkhidmatan Perakaunan Dan Kewangan Yang Terbilang Bagi Memastikan Kementerian Mencapai Objektifnya.


Objektif

  • Memastikan Pelaksanaan Sistem Perakaunan Dan Kewangan Yang Cekap;
  • Memastikan Penyediaan Penyata Kewangan Kementerian Yang Benar Dan Saksama;
  • Memastikan Bayaran Dan Hasil Diperakaunkan Dengan Tepat Dan Mematuhi Peraturan Kewangan Yang Berkuatkuasa; dan
  • Memberikan Khidmat Nasihat Yang Berkualiti Berkaitan Perakaunan Dan Kewangan.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1085400

moha qrcode