telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Status Penggunaan Semula Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Yang Telah Dilaporkan Hilang

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
 
 
STATUS PENGGUNAAN SEMULA PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)
YANG TELAH DILAPORKAN HILANG
 
1 OGOS 2016
 
 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan semua kehilangan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti mana peraturan yang sedia ada berkuatkuasa sejak 27 Februari 2015.  
 
Semua maklumat mengenai PMA yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data INTERPOL.  Langkah ini diambil bagi memastikan PMA berkaitan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Dalam konteks ini, PMA yang dijumpai semula TIDAK BOLEH DIGUNAKAN dan permohonan gantian PMA hendaklah dibuat untuk tujuan ke luar negara.
 
Pangkalan Data Stolen and Lost Travel Document (SLTD) INTERPOL boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom. 
 
Sehubungan itu, penggunaan semula PMA yang telah dilaporkan hilang di negara-negara yang mempunyai akses kepada pangkalan data SLTD INTERPOL akan diambilkira sebagai perjalanan dengan dokumen yang tidak teratur dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada pemegang PMA sama ada pemilik sebenar atau pihak ketiga yang cuba menyalahgunakan PMA berkenaan.
 
Dalam hubungan ini, KDN mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan melaporkan kehilangan PMA kepada PDRM dan memohon gantian PMA untuk tujuan perjalanan keluar negara.
 
 
 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
 
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan media ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 – 88868533 / 3406 / 8451 / 8524.  
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089024

moha qrcode