telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Laporan Akhbar Kosmo Bertajuk “Jaga Haram Bagaikan Bom Jangka” Dan Akhbar Utusan Malaysia Bertajuk “30,000 Pengawal Keselamatan Haram Di Malaysia”

KENYATAAN MEDIA
 
DATO’ SRI ALWI BIN HJ IBRAHIM, 
KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
 
 
LAPORAN AKHBAR KOSMO BERTAJUK “JAGA HARAM BAGAIKAN BOM JANGKA” DAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTAJUK “30,000 PENGAWAL KESELAMATAN HARAM DI MALAYSIA”
 
3 JULAI 2016
______________________________________________________________________________________________________________
 
1.Merujuk kepada laporan dalam akhbar KOSMO pada 2 Julai 2016 yang bertajuk “Jaga Haram Bagaikan Bom Jangka” dan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Julai 2016 bertajuk “30,000 pengawal keselamatan haram di Malaysia”. Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin membuat kenyataan terhadap laporan tersebut seperti berikut.
 
2.KDN hanya membenarkan pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan pengawal keselamatan warganegara Nepal yang bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang berlesen dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Negara ini. 
 
3.Sebagai makluman, dakwaan atau laporan mengenai kebanjiran pengawal keselamatan warga asing secara haram ini adalah disebabkan kecenderungan syarikat – syarikat kawalan keselamatan itu sendiri yang menggunakan pengawal – pengawal keselamatan warga asing secara haram kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih. Melalui cara ini mereka tidak perlu membayar Levi, Cukai Perkhidmatan, caruman wang simpanan pekerja (KWSP) dan juga tidak perlu menjaga kebajikan pekerja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.Terdapat juga syarikat kawalan keselamatan yang dengan sengaja tidak memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pengawal keselamatan warganegara Nepal yang bekerja dengan mereka.
 
4. KDN tidak mempunyai data terperinci mengenai jumlah warganegara asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan secara tidak sah di negara ini. Namun begitu, KDN memohon kepada mana-mana pihak dan orang ramai serta Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) untuk melaporkan terus sebarang kewujudan atau maklumat beserta bukti mengenai pengawal keselamatan warganegara asing haram kepada KDN atau agensi – agensi di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
 
5.KDN sentiasa memandang serius terhadap dakwaan dan laporan mengenai penggunaan pengawal keselamatan warga asing haram tersebut dan akan mengambil tindakan tegas secara berterusan bagi mengatasinya mengikut peraturan – peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Pendaftaran Negara 1959.
 
6.Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu yang melibatkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang diselaraskan di bawah sebuah Task Force bermula 1 November 2013 sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak. 
 
7.Operasi penguatkuasaan secara bersepadu ini telah dilaksanakan setiap minggu ke atas premis-premis seperti sekolah, kawasan taman perumahan, kondominium, premis perniagaan, pusat membeli-belah dan institusi kewangan/bank. 
 
8.Sejak tahun 2013 sehingga bulan Jun 2016, KDN telah mengambil tindakan membatalkan lesen 48 buah syarikat kawalan keselamatan dan 60 syarikat dikenakan tindakan amaran terakhir di atas pelbagai kesalahan termasuklah menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram. Berdasarkan kepada statistik tangkapan dalam operasi bersepadu di seluruh Negara yang telah dijalankan sejak 1 November 2013 sehingga kini, seramai 1,208 warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah ditangkap dan didakwa seterusnya diusir keluar. 
 
9.Pada setiap tahun, KDN turut melaksanakan audit pengurusan ke atas syarikat-syarikat kawalan keselamatan bagi memastikan syarikat kawalan keselamatan sentiasa mematuhi segala peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.  Bermula pada tahun ini juga, KDN telah memulakan beberapa siri perjumpaan dengan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan bagi memberikan penjelasan mengenai kepentingan untuk menggunakan pengawal keselamatan yang telah lulus tapisan keselamatan daripada syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang berlesen sahaja.  
 
10.Masyarakat terutamanya persatuan penduduk dan badan pengurusan perumahan hendaklah juga memainkan peranan dengan memastikan hanya syarikat kawalan keselamatan yang berlesen sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan dan menggunakan pengawal keselamatan tempatan atau warga Nepal yang telah lulus tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM.
 
11.KDN akan terus melipat gandakan operasi penguatkuasaan dan usaha-usaha untuk mengurangkan penggunaan pengawal warga asing haram. Masyarakat adalah digalakkan untuk menyalurkan segala maklumat kepada KDN sekiranya mengetahui atau melihat warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menghubungi Unit Agensi Persendirian di nombor talian 03-88868034 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. KDN turut mengalu-alukan sebarang usaha yang diadakan oleh mana-mana pihak bagi membantu mengurangkan penggunaan pengawal warga asing secara haram.
 
 
 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
 
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan media ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 – 88868533 / 3406 / 8451 / 8524  
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089696

moha qrcode