telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Mengenai Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (U.S. Tip Report) Bagi Tahun 2016

KENYATAAN MEDIA
Y.A.B. TIMBALAN PERDANA MENTERI 
MERANGKAP 
MENTERI DALAM NEGERI
 
MENGENAI LAPORAN TAHUNAN JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI PEMERDAGANGAN ORANG (U.S. TIP REPORT)
BAGI TAHUN 2016
 
1.Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) telah mengeluarkan Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang (U.S. TIP Report) Tahun 2016 di Washington, Amerika Syarikat (U.S.) pada 30 Jun 2016. Penilaian oleh JNAS dibuat terhadap 188 buah Negara termasuk Malaysia dan merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan. Laporan tersebut telah mengekalkanMalaysia di Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watchlist) bagi tahun 2016. 
 
2.JNAS 2016 telah mengambil maklum akan usaha – usaha yang telah dilaksanakan oleh Malaysia di dalam memperkasakan perundangan sedia ada menerusi pindaan yang telah berkuatkuasa mulai 18 November 2015. Laporan tersebut juga menyatakan mengenai proses konsultansi yang diadakan diantarapihak Kerajaan dan Badan – badan bukan Kerajaan (NGOs) di dalam merangka Peraturan – peraturan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kepada pindaan perundangan yang telah dibuat khususnya aspek kebenaran kepada mangsa – mangsa pemerdagangan orang untuk bergerak bebas atau tinggal di luar daripada Rumah - rumah Perlindungan Kerajaan termasuk kebenaran untuk mereka bekerja di negara ini.  
 
3.Laporan JNAS 2016 juga menyatakan inisiatif yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia untuk memberi peluang pekerjaan kepada mangsa – mangsa pemerdagangan orang di bidang perhotelan termasuk membiayai kos pemeriksaan kesihatan mereka. Langkah sebegini merupakan cabaran kepada negara kerana terdapat di kalangan mangsa – mangsa tersebut yang menghilangkan diri walaupun telah bekerja. 
 
4.Bagi memperbaiki tahap penilaian negara untuk Laporan JNAS 2017, Malaysia dicadangkan untuk melaksanakan sepenuhnya Peraturan – Peraturan bagi menyokong pindaan kepada perundangan sedia ada di mana kedua Peraturan tersebut iaitu kebebasan untuk mangsa bergerak bebas dan bekerja di negara ini telah mula berkuatkuasa pada 4 Mei 2016. Ini adalah kerana pelaksanaan kepada kedua Peraturan ini masih baharu dan impak serta kesannya dari aspek memelihara kebajikan mangsa – mangsa terbabit belum dapat dirasai sepenuhnya.  
 
5.Laporan JNAS 2016 juga mencadangkan supaya aspek penyiasatan kes – kes pemerdagangan buruh disiasat secara lebih terperinci terutamanya yang melibatkan kumpulan yang terjejas (Vulnerable Group) seperti pekerja asing. Laporan tersebut juga turut menggesa agar pekerja asing termasuk pembantu rumah dimaklumkan mengenai hak mereka untuk menyimpan dokumen perjalanan termasuk menyatakannya secara jelas di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang Malaysia akan tandatangani dengan negara – negara sumber. 
 
6.Dari aspek pendakwaan pula, Malaysia digesa untuk terus mempertingkatkan bilangan sabitan di mana ini boleh dilaksanakan dengan penambahbaikan kepada pengurusan kes dan komunikasi di antara mangsa – mangsa pemerdagangan orang dengan pihak pendakwaraya. Bagi tahun 2015, tujuh (7) kes pemerdagangan orang telah disabitkan melibatkan lima (5) kes berkaitan dengan pemerdagangan seks manakala dua (2) lagi kes berkaitan dengan pemerdagangan buruh. Laporan tersebut juga mencadangkan supaya kerjasama pihak Kerajaan dipertingkatkan dengan NGOs termasuk sokongan kewangan.
 
7.Secara keseluruhannya, Kerajaan Malaysia mengalu – alukan teguran konstruktif dan cadangan yang terkandung di dalam Laporan tersebut serta akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Pindaan kepada Akta Anti – Pemerdagangan Orang dan Anti – Penyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) akan memberikan ruang dan fleksibiliti kepada negara untuk memperbaiki inisiatif di dalam menangani isu pemerdagangan orang. Antaranya ialah penambahbaikan kepada aspek kebajikan di mana mangsa akan diberikan kebenaran untuk bergerak bebas dan bekerja sekiranya layak termasuk Mahkamah Sesyen boleh mengeluarkan arahan pembayaran pampasan serta gaji tertunggak kepada mangsa terbabit.  
 
8.Kerjasama di antara pihak Kerajaan dan NGOs juga dijangka akan bertambah kukuh khususnya di dalam aspek perlindungan mangsa kerana peranan NGOs telah dinyatakan secara jelas di dalam pindaan ATIPSOM 2007. Sokongan kewangan oleh Kerajaan kelak kepada NGOs adalah tertakluk kepada keupayaan dan prestasi NGOs terbabit seperti yang diamalkan di negara – negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
 
9.Malaysia akan terus komited di dalam membanteras jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini di mana pelaksanaan ATIPSOM 2007 ini akan berjalan serentak dan seiring dengan Pelan Tindakan Kebangsaan (2016 – 2020) yang dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan Julai 2016. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan negara – negara rakan strategik termasuk Amerika Syarikat bagi memperbaiki aspek pendakwaan untuk meningkatkan jumlah sabitan bagi jenayah ini di masa akan datang. 
 
 
 
............................
Putrajaya
1 Julai2016

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089693

moha qrcode