telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Larangan Penerbitan Teks Al-Quran Dalam Bahasa Lain Selain Daripada Bahasa Arab

KENYATAAN MEDIA

TAN SRI DATO’ SERI (DR) HJ. HARUSSANI BIN HJ. ZAKARIA

PENGERUSI, LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN AL-QURAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

LARANGAN PENERBITANTEKS AL-QURAN DALAM BAHASA LAIN SELAIN DARIPADA BAHASA ARAB


1.  Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan mengawal selia pencetakan, penerbitan dan pengimportan teks al-Quran di bawah Akta PencetakanTeks Al-Quran (APTQ) 1986 mengambil perhatian serius terhadap kempen “Lets Read The Quran” bagi menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

2.  Lembaga ingin menegaskan bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T di dalam bahasa Arab dan bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah. Membacanya akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T walaupun tidak mengetahui maknanya. Al-Quran adalah kitab suci yang mempunyai hokum tertentu apabila berkait dengannya. Al-Quran haram disentuh melainkan dalam keadaan berwuduk dan dilarang membacanya di dalam keadaan berhadas besar. Ini adalah cara memuliakan al-Quran sebagai kalam Allah. Begitu juga al-Quran mempunyai kaedah pembacaannya dengan bertajwid, bertarannum dan makhraj yang betul.

3.  Al-Quran yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi membolehkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami makna al-Quran, namun terjemahan tersebut bukan merupakan naskhah al-Quran tetapi merupakan “terjemahan al-Quran” atau “tafsiral-Quran”. Namun begitu, terjemahan al-Quran hendaklah bersama-sama dengan teks al-Quran dalam bahasa Arab, terjemahan naskah al-Quran tanpa teks bahasa Arab adalah dilarang dan takut disalahfahami dan membacanya tidak mendapat pahala.

4.  Lembaga menegaskan bahawa menulis dan membaca naskhah al-Quran dalam bahasa lain selain dari bahasa Arab adalah dilarang. Penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran. Perbuatan ini boleh diambil tindakan undang-undang dibawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984.

5.  Pihak Lembaga bersama-sama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri seluruh Malaysia akan mengambil tindakan tegas bagi menyekat gerakan dan kempen berkenaan.

 TAMAT

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1091220

moha qrcode