telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Tindakan Penguatkuasaan Di Bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986

 

KENYATAAN MEDIA 
YBHG DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 

MENGENAI 

TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH
AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QURAN 1986

5 APRIL 2016


1. Kenyataan media ini dikeluarkan untuk memaklumkan masyarakat awam berhubung tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh KDN terhadap  penjualan dan pengedaran Mashaf Al-Quran yang tidak mendapat perakuan daripada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (LPPPQ, KDN) dan juga bahan-bahan Al-Quran yang menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).

2. Berdasarkan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986), KDN berperanan mengawal dan memastikan bahan dan teks Al-Quran yang diterbit, dicetak, diimport dan diedar di dalam negara tidak mengandungi kesilapan yang boleh menjejaskan Al-Quran serta memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan bahan dan teks Al-Quran. 

3. Bagi tujuan tersebut, KDN dari semasa ke semasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi mengawal selia aktiviti percetakan dan pengedaran bahan dan teks Al-Quran tersebut. 

4. Pada tahun 2015 sehingga Februari 2016, KDN telah melaksanakan sebanyak 2,329 operasi penguatkuasaan di lapangan melibatkan 10,021 premis pencetakan dan premis jualan seperti pasar raya dan kedai buku. Statistik penguatkuasaan dan penahanan adalah seperti berikut :

Tahun

Jumlah Operasi

Jumlah Premis

Teks

Al-Quran

Bahan

Al-Quran

Nilai Rampasan

2015

2,003

8,918

2,242

4,337

RM244,940.48

Sehingga 29 Februari 2016

326

1,103

133,728 (termasuk 133,343 lembaran teks yang belum di’binding’)

962

RM185,397.25

Jumlah

2,329

10,021

135,970

5,299

RM430,337.73

5. Antara jenis kesalahan yang sering dilakukan atau ditemui ialah di bawah Seksyen 5(1) APTQ 1986 iaitu mencetak teks Al-Quran tanpa lesen, di bawah Seksyen 8(1) APTQ 1986 iaitu teks Al-Quran yang diimport tanpa kelulusan dan di bawah Seksyen 14(1) APTQ 1986 iaitu bahan-bahan Al-Quran yang mengandungi kesilapan.

6. KDN sentiasa peka dan prihatin terhadap pencetakan dan pengedaran bahan dan teks Al-Quran yang boleh memudaratkan kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, usaha yang berterusan akan dilaksanakan.

7. Sekiranya masyarakat awam mendapati terdapat bahan atau teks Al-Quran yang mengandungi kesalahan atau tidak mendapat perakuan daripada LPPPQ, KDN diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat melalui Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat (UKOM), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya di talian 03 – 88868533 / 3406 / 8451 / 8524.  

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1090917

moha qrcode