telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Mesyuarat High Level Committee (HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran Bil 2/2015

KENYATAAN MEDIA

MESYUARAT HIGH LEVEL COMMITTEE (HLC) MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DANANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BIL 2/2015

1.YAB Timbalan Perdana menteri merangkap Menteri Dalam Ngegeri , Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Bilangan 2/2015 pada Isnin 21 Disember 2015. Ini merupakan mesyuarat pertama yang diadakan setelah pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang berkuatkuasa pada 18 November 2015.

2.Mesyuarat ini telah turut dihadiri oleh ahli-ahli baru MAPO seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

3.Mesyuarat ini juga telah melibatkan penyertaan TYT Joseph Yun, Duta Besar Amerika Syarikat bagi membincangkan langkah penambahbaikan serta tindakan susulan yang perlu diambil oleh negara bagi memperbaiki prestasi penilaian oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang 2016. Malaysia perlumemperbaiki tahap kedudukan penilaian tersebut atau sekurang-kurangnya mengekalkan Tahap 2 (Pemerhatian) seperti penilaian JNAS 2015.

4.YAB TPM turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur kerana sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada empat (4) mangsa pemerdagangan orang melibatkan tiga (3) warganegara Indonesia dan seorang warganegara Laos. Mereka telah ditawarkan kontrak pekerjaan untuk tempoh dua (2) tahun bermula pada Januari 2016. Sijil penghargaan juga turut disampaikan kepada FOMEMA kerana memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada mangsa-mangsa tersebut sebelum ditawarkan pekerjaan oleh Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

5.Komitmen negara untuk membantu mangsa-mangsa pemerdagangan orang adalah bertujuan untuk mempertingkatkan aspek perlindungan disamping membantu mangsa untuk memulakabn kehidupan baru. Tawaran kerja oleh Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur adalah merupakan initiatif bersama Malaysia dan Amerika Syarikat di dalam menjalin kerjasama strategik untuk menangani jenayah ini.

6.Usaha-usaha sebegini jelas menggambarkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap kebajikan mangsa dan secara tidak langsung mampu meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.

 

_____________________________________________________________________________________________________________________________

Putrajaya

21 Disember 2015

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 13 May 2024.
Visitor Count : 1097051

moha qrcode