telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Usaha Kerajaan Malaysia Membantu Rakyat Syria

KENYATAAN MEDIA

DATUK NUR JAZLAN MOHAMED

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI I

MENGENAI

USAHA KERAJAAN MALAYSIA MEMBANTU RAKYAT SYRIA

8 DISEMBER 2015

_________________________________________________________________________________________________________________________

Sebagai permulaan kepada usaha untuk membantu rakyat Syria yang kini sedang berhadapan dengan peperangan di dalam negara mereka, Kerajaan Malaysia pada hari ini ingin mengumumkan ketibaan dua keluarga dari Syria. Keluarga Syria ini terdiri daripada lapan orang yang mencari perlindungan di Malaysia. Ketibaan mereka adalah atas rayuan ahli keluarga yang sudahpun tinggal di Malaysia. Perang di Syria merupakan pengalaman amat perit bagi rakyat di negara yang bergolak itu khususnya wanita dan kanak-kanak. Konflik ini telah mengorbankan lebih 250,000 nyawa dan sekitar sembilan juta rakyat Syria kehilangan tempat tinggal.

Dalam membantu menyelaraskan usaha murni untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang mencari perlindungan di Malaysia, Kerajaan telah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dianggotai bersama oleh beberapa agensi kerajaan yang berkaitan. Pasukan ini telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan urusan kemasukan rakyat Syria yang menjadi mangsa peperangan ke Malaysia. 

 

TAMAT

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 14 May 2024.
Visitor Count : 1097395

moha qrcode