telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA : MESYUARAT BILATERAL ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN REPUBLIK INDONESIA MENGENAI PENGGAJIAN PEKERJA DAN PEKHIDMAT DOMESTIK INDONESIA

 

Mesyuarat Bilateral Antara Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia mengenai Pengajian Pekerja dan Pekhidmat Domesti yang dipengerusikan bersama oleh YAB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan TYT M. Hanif Dakhiri, Menteri Ketenagakerjaan Indonesia. Mesyuarat ini merupakan susulan daripada pertemuan YAB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan TYT M. Hanif Dakhiri semasa Lawatan Kerja beliau ke Indonesia pada 18-21 September 2015 yang lalu.

Mesyuarat telah memfokuskan kepada pengurusan pekerja asing Indonesia terutamanya dari aspek pengambilan dan penggajian tenaga kerja Indonesia termasuk pekhidmat domestic Indonesia.

Atas dasar kerjasama dan hubungan yang erat di antara kedua-dua buah negara, Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia mengambil inisiatif untuk meneliti semula mekanisme pengambilan dan pengurusan pekerja asing Indonesia di Malaysia. Adalah diharapkan penambahbaikan yang akan dilaksanakan kelak akan member impak positif kepada kedua-dua buah Negara dan seterusnya memberi manfaat kepada pekerja Indonesia dan majikan Malaysia.

Susulan daripada Mesyuarat Bilateral pada hari ini juga, satu perbincangan di peringkat pegawai kedua-dua buah Negara dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Oktober 2015 bagi meneliti dan memperincikan mekanisme pengambilan dan pengurusan pekerja asing Indonesia di Malaysia.

 

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1098894

moha qrcode