telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA : SEMPENA LAWATAN RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI KE INDONESIA

KENYATAAN MEDIA

SEMPENA LAWATAN RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI

DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

KE INDONESIA

 

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah membuat lawatan rasmi ke Indonesia pada 18 hingga 20 September 2015.

 

Di dalam rangka lawatan tersebut, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah bertemu dengan TYT Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan dan kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Yusuf Kalla, yang merupakan wakil kepada Presiden Republik Indonesia.

 

Antara isu utama yang dibincangkan adalah usaha untuk meningkatkan kerjasama dan pertukaran maklumat risikan mengenai isu anti keganasan. Kedua-dua negara akan bekerjasama dalam program deradikalisasi yang mana Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjadi tuan rumah bengkel antarabangsa deradikalisasi tersebut.

 

Bengkel yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Januari 2016 itu akan menyediakan Sistem Piawaian Standard (SOP) untuk menangani radikalisasi. Selain Indonesia, negara-negara lain yang akan dijemput adalah seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

 

Perbincangan dua hala Malaysia dan Indonesia ini juga telah bersetuju menjalin kerjasama serantau dalam mengawal masalah jerebu. Pihak Indonesia akan memperketatkan penguatkuasa undang-undang manakala Malaysia akan memantau syarikat-syarikat GLC negara yang beroperasi di Indonesia mengenai usaha bersama ini.

 

Menyentuh mengenai isu PATI Indonesia, Malaysia telah menganjurkan program pemutihan untuk PATI Indonesia di Malaysia terutamanya yang telah mempunyai pekerjaan dan majikan tetap. Kerjasama kedua-dua negara akan diteruskan mengenai isu PATI ini.

 

Langkah ini dipandang serius oleh kedua-dua pihak bagi mengelakkan insiden seperti kejadian bot karam PATI Indonesia baru-baru ini tidak berulang lagi.

Isu persempadanan kedua-dua negara juga dibincangkan selain isu ekonomi dunia dan dagangan dua hala.

 

Timbalan Perdana Menteri juga dijangka akan berjumpa dengan TYT Hanif M. Dhakiri, Menteri Ketenagakerjaan dan Transmigrasi dan TYT Jahyo Kumolo, Menteri Dalam Negeri Indonesia.

Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga akan mengadakan perjumpaan dengan warga Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

 

PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI

 

(19 SEPTEMBER 2015)

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1098961

moha qrcode