telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA YAB DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI : MESYUARAT JAWATANKUASA MENGENAI DOKUMEN PENGENALAN DIRI PENDUDUK DI NEGERI SARAWAK

KENYATAAN MEDIA

SEMPENA

MESYUARAT JAWATANKUASA MENGENAI DOKUMEN PENGENALAN DIRI PENDUDUK DI NEGERI SARAWAK

 

 

1.YAB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa mengenai Dokumen Pengenalan Diri Penduduk di Negeri Sarawak di pejabatnya di Putrajaya.

2.Mesyuarat Jawatankuasa Berhubung Dokumen Pengenalan Diri Penduduk di Sarawak yang diadakan buat julung kali ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan dalam menyediakan wahana kepada rakyat di negeri Sarawak untuk mengangkat isu-isu berkaitan dokumen pengenalan diri yang dihadapi di negeri berkenaan. 

3.Ini adalah berikutan daripada rungutan yang diterima bahawa masih ada lagi penduduk peribumi Sarawak yang telah lahir dan menetap di negeri Sarawak khususnya di kawasan-kawasan pedalaman yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri. 

4.Oleh itu, Jawatankuasa ini akan memantau dan meneliti isu ini dan akan melihat sejauh mana keseriusan perkara ini di lapangan dan seterusnya akan mengambil tindakan-tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang semasa. 

5.Satu pasukan petugas khas juga diwujudkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak dengan kolaborasi beberapa agensi lain di bawah pemantauan YB Datuk Joseph Entulu  bagi menangani masalah-masalah yang dibangkitkan di Sarawak. Pasukan petugas khas itu ditubuhkan untuk turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman dan rumah-rumah panjang bagi membantu proses permohonan dokumen pengenalan diri bagi individu yang dikenal pasti sebagai peribumi yang telah lahir dan menetap di Sarawak.

6.Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai Dokumen pengenalan diri seperti Mykad, sijil perkahwinan dan sijil kelahiran yang merupakan dokumen mandatori bagi setiap  warganegara Malaysia.

7.Isu ketiadaan dokumen pengenalan diri dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi antara fokus utama Kerajaan kerana ia bukan sahaja berperanan sebagai dokumen keselamatan yang digunakan untuk mengenali identiti diri seseorang tetapi juga merupakan rujukan asas yang digunakan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan, kebajikan, perbankan dan lain-lain urusan.

8.Oleh itu, Kerajaan ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengambil berat akan kepentingan dokumen pengenalan diri dan memastikan setiap perkahwinan didaftarkan dengan pihak berkuasa yang diperuntukan di bawah undang-undang Malaysia dan juga memastikan setiap kelahiran kanak-kanak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

9.Ini adalah kerana kegagalan untuk berbuat demikian akan menjejaskan proses identifikasi dan penentuan kewarganegaraan seseorang.

10.Dalam hal ini, Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk mengakses perkhidmatan permohonan dokumen pengenalan diri di negeri Sarawak melalui 53 Pejabat/Cawangan JPN  serta melalui Pejabat JPN di UTC Kuching dan RTC Sibuti.  

11.Usaha untuk mendekati penduduk-penduduk di pedalaman pula telah diperhebatkan lagi melalui Pasukan Unit Khas Bergerak (UKB) yang telah menjalankan sebanyak  896 operasi  di seluruh Sarawak semenjak tahun 2004 hingga 31 Ogos 2015 dengan penyertaan 55,207 orang awam yang bukan sahaja mengemukakan permohonan tetapi hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat. JPN juga akan menggandakan usaha bagi mendekati penduduk-penduduk di pedalaman sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri di kalangan penduduk Negeri Sarawak.

 

 

PUTRAJAYA

15 SEPTEMBER 2015 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099065

moha qrcode