telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA : PERINTAH LARANGAN DI BAWAH AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

KENYATAAN MEDIA

mengenai

PERINTAH LARANGAN DI BAWAH 

AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

 

1. Demi menghormati sambutan Hari Kebangsaan, adalah dilarang mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan termasuk Perhimpunan Bersih 4 yang boleh mencemarkan lambang negara demokrasi di negara ini. Perhimpunan ini juga adalah dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan ia tidak dibenarkan untuk diadakan di Dataran Merdeka.

2. Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap sebarang percetakan, penjualan dan pemilikan apa-apa pakaian yang berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan ÔÇÿBersih 4ÔÇÖ serta risalah yang mendorong ┬ákepada perhimpunan Bersih 4 tersebut. Susulan perintah larangan ini, KDN tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah perintah larangan bernama Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No.22) 2015 yang mula berkuatkuasa pada 28hb Ogos 2015.

3. Perintah ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri di bawah Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 [Akta 301] yang menggariskan sebarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan dalam Jadual yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara; adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia.

4. Mengikut Seksyen 8(1) AMCP 1984, mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan memiliki apa-apa hasil penerbitan larangan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan Seksyen 8(2), mana-mana pihak disabitkan kesalahan mencetak dan mengedar apa-apa hasil penerbitan larangan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

 

 

Kementerian Dalam Negeri

Putrajaya

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1098643

moha qrcode