telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA : BERSIH 4.0

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

mengenai

BERSIH 4.0

 

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyiasat BERSIH 4.0 dan mendapati bahawa ianya bukan sebuah pertubuhan berdaftar.

2. BERSIH 4.0 juga didapati telah : 

i. Bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.

ii. Menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

iii. Menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej Negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan Negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia.

3. Oleh yang demikian, Kementerian Dalam Negeri dengan ini meminta orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos akan datang yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa ini yang akan dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar ini.

 

 

DatoÔÇÖ Sri Alwi bin Hj Ibrahim

Ketua Setiausaha

Kementerian Dalam Negeri

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1098756

moha qrcode