telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Kenyataan Media Mengenai Program Karnival United Against Crime (UAC) 21 - 23 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA 

MENGENAI

PROGRAM KARNIVAL UNITED AGAINST CRIME (UAC)

21 - 23 OGOS 2015

______________________________________________________________________________________________________

1. Karnival United Against Crime (UAC) telah diadakan pada 21 hingga 23 Ogos 2015 di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Pelbagai pengisian diadakan sepanjang karnival ini, antaranya pameran daripada jabatan / agensi Kerajaan, Taklimat Wanita Perangi Jenayah Bersama AMANITA, taklimat penyalahgunaan dadah, Mesej daripada Penjara, Demonstrasi Teknik Pencegahan Jenayah dan Sesi Dialog Bersama Masyarakat Tempatan.

2. Tujuan Karnival UAC diadakan ialah untuk menjalin hubungan secara proaktif dan bersepadu antara Kerajaan bersama rakyat dalam kempen pencegahan jenayah serta memberi pendedahan dan kesedaran kepada rakyat tentang tanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

3. Kerajaan berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti mana yang disasarkan dalam KPI NKRA Mengurangkan Jenayah. Namun begitu, Kerajaan sedang dan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terpelihara.

4. KDN akan terus berganding bahu bersama-sama dengan semua pihak dalam perkara ini. Malah usaha dan kerja keras sedia ada akan dipertingkatkan lagi kerana yang penting bagi kerajaan ialah untuk memastikan rakyat di negara ini merasa selamat dan terjamin.

5. Selain daripada jabatan / agensi Kerajaan, sektor swasta, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dan institusi pendidikan, komuniti setempat juga perlu terlibat secara aktif dalam usaha mengurangkan jenayah.

6. Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos 2015 iaitu ÔÇ£SEHATI SEJIWAÔÇØ, ia lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia. Kita perlu menerapkan kepentingan bermasyarakat kepada setiap individu. Hasilnya, secara tidak langsung ia akan mewujudkan tahap kepercayaan antara masyarakat. Dengan itu, lebih mudah untuk bersatu-padu dan berganding bahu terutama dalam aktiviti mencegah dan membanteras jenayah.

7. Bagi tempoh 2009 hingga 2014, kadar jenayah di Malaysia telah berjaya diturunkan sebanyak 40% iaitu daripada 209,817 kes pada tahun 2009 kepada 128,544 kes pada tahun 2014. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama masyarakat dengan pihak Kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia.

8. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2015, IPK Johor berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 11.5% berbanding 5% sasaran yang ditetapkan. Jenayah pecah rumah berjaya dikurangkan sebanyak 11.1% berbanding 10% yang disasarkan dan pengurangan jenayah jalanan sebanyak 18.6% berbanding 15% seperti yang disasarkan.

9. Pengurangan indeks jenayah sebanyak 40% ini merupakan satu pencapaian yang besar dan signifikan. Namun, sebaliknya masyarakat umum masih merasakan bahawa kadar jenayah semakin meningkat dan kebimbangan terhadap jenayah juga masih lagi tinggi.

10. Kadar jenayah tidak dapat dihapuskan secara menyeluruh, begitu juga rasa takut terhadap jenayah tetapi kita mampu untuk mengurangkan peluang daripada berlakunya jenayah melalui pencegahan, ÔÇÿPrevention is Better Than CureÔÇÖ .

11. Kita sedia maklum bahawa trend pada hari ini, media sosial telah menjadi wadah informasi yang sangat pantas namun terdapat juga banyak maklumat telah direkayasa malahan ada yang tidak benar sama sekali. Namun, rakyat kelihatan sangat mudah dan cepat mempercayai maklumat yang telah disebarkan tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu. Ini secara tidak langsung telah menambahkan dan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

12. Menangani persepsi negatif ini bukannya satu perkara yang mudah dan ianya perlu ditangani dengan bijaksana dan holistik. Sekiranya tidak ditangani dengan baik maka ia akan memberikan imej yang negatif kepada Kerajaan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Seringkali pemikiran rakyat dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu, seolah-olah kerajaan tidak serius dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ingin menggambarkan bahawa kerajaan telah gagal dalam menangani perkara ini.

13. Padahal, banyak tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil yang baik dan berjaya serta mendapat pengiktirafan termasuk pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Ia telah menjadi satu cabaran dan tanggungjawab yang sangat besar kepada pihak Kerajaan dalam usaha untuk memperbetulkan persepsi orang awam terhadap realiti sebenar.

14. Sebagai contoh, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga menghadapi persepsi masyarakat yang menyatakan bahawa kadar jenayah masih tinggi di negara berkenaan sedangkan realitinya statistik menunjukkan kadar jenayah menurun. Dalam hal ini, kerajaan sedar bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099048

moha qrcode