telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

 

DATOÔÇÖ SRI MOHAMAD KHALID B. HJ SHARIFF

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER 2014

 

Kerajaan ketika ini membenarkan lima sektor untuk menggajikan pekerja asing iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan daripada 15 negara sumber seperti Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, India, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain negara.

Untuk memastikan kehadiran mereka di negara ini memenuhi keperluan pekerjaan, Kerajaan sentiasa memberi perhatian yang serius di dalam memantau pihak berkenaan. Ini termasuk dalam membendung kegiatan jenayah yang melibatkan warga asing sama ada yang datang untuk melancong atau yang berkerja ke negara ini.

Kerajaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai jabatan antaranya seperti polis, Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain. Walaupun perangkaan jenayah yang dilakukan oleh warga asing ini boleh dianggap kecil iaitu hanya 11.2% jika dibandingkan keseluruhan jenayah Indeks bagi seluruh Negara, namun Kerajaan membuat tindakan untuk membendung semua kemungkinan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat tempatan.

Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah merangka pelan dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani kehadiran pekerja asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara. Tindakan jangka pendek dan berterusan telah dilaksanakan secara Operasi Bersepadu yang bermula pada pada Januari 2014 sehingga 20 November 2014, JIM telah melaksanakan operasi seperti berikut:

i)         4,942 premis dan 87,348 warga asing telah diperiksa

ii)        27,161 PATI telah ditangkap

iii)      466 majikan ditahan

Secara umumnya, terdapat empat kesalahan utama yang dilakukan oleh PATI seperti tiada Pas / Permit yang sah, tingggal lebih masa, melanggar Syarat Pas dan menggunakan Pas/ Dokumen Palsu.

Kesalahan Tanpa Pas/ Permit merupakan kesalahan tertinggi yang ditangkap melibatkan 70.3% daripada keseluruhan jenis kesalahan manakala warganegara Indonesia mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 36.4% daripada jumlah keseluruhan tangkapan PATI. Sebanyak 466 majikan telah ditangkap di mana  kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah melibatkan kesalahan melindungi PATI iaitu sebanyak 252 kes (54.1%). Seramai 59,765 warganegara asing yang melakukan pelbagai kesalahan telah diusir keluar di mana warganegara Indonesia mencatatkan jumlah paling ramai yang diusir iaitu 24,614 (41.2%).

Bagi tujuan jangka panjang untuk menangani masalah PATI, penumpuan diberikan kepada aspek pemantapan dasar, peraturan Standard Operating Procedure (SOP)/ sistem sedia ada. Kerajaan juga melaksanakan pendekatan bersepadu bersifat cross cutting meliputi pelbagai kementerian / Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Antara tindakan jangka panjang yang sedang dan akan dilaksanakan antara lain adalah mengenalpasti kawasan hot spot yang menjadi tumpuan warga asing dengan meningkatkan operasi besar-besaran untuk membenteras kegiatan jenayah di kawasan tumpuan warga asing, mewujudkan Balai/ Pondok Polis di kawasan yang mempunyai kekerapan kejadian jenayah melibatkan warga asing, mengadakan lebih kerap aktiviti-aktiviti lain seperti perjumpaan dengan kumpulan masyarakat untuk  meningkat dan menyedarkan semua lapisan masyarakat mengenai peranan mereka dalam membantu membanteras PATI.

Kementerian akan mengadakan kerjasama latihan dalam atau luar negara dengan pihak, non-governmental organizations (NGOÔÇÖs) seperti International Organizations for Migrants (IOM) dan pihak Imigresen luar negara bagi meningkatkan kompetensi hal ehwal keimigresenan dan keperluan sebenar pemain-pemain industry, memantapkan usaha-usaha risikan dengan sumber dalaman serta entiti risikan luar negara terutamanya daripada negara sumber dan negara jiran, mewujudkan Malaysian ImmigrationÔÇÖs Analysis Centre (MIAC) bagi pengumpulan dan penganalisian data serta penyebaran maklumat mengenai pergerakan warga asing dan kawasan-kawasan serta aktiviti-aktiviti yang menyalahgunakan kemudahan Imigresen dan meningkatkan usaha-usaha kesedaran pada masyarakat tempatan terutamanya kepada melalui program advokasi.

Dengan pelaksanaan pelan jangka pendek dan jangka panjang di atas secara konsisten dan komitment, kerajaan yakin isu dan permasalahan PATI di negara ini akan dapat ditangani dengan efisien dan efektif.

 

Sekian, terima kasih.

#####

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092018

moha qrcode