telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERSATUAN ASPIRASI RAKYAT SARAWAK (SARAWAK ASSOCIATION FOR PEOPLESÔÇÖ ASPIRATION) (SAPA)

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATOÔÇÖ SRI MOHAMAD KHALID BIN HJ. SHARIFF

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI  PERSATUAN ASPIRASI RAKYAT SARAWAK (SARAWAK\

ASSOCIATION FOR PEOPLESÔÇÖ ASPIRATION) (SAPA)

 

15 NOVEMBER 2014, PUTRAJAYA

 

YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For PeoplesÔÇÖ Aspiration) (SAPA) sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dengan No. Pewartaan P.U.(A) 307/2014 pada 14 November 2014.

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For PeoplesÔÇÖ Aspiration) (SAPA) merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam di dalam negara ini.┬á

Peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang. 

ÔÇ£Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi-bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlakÔÇØ.

Dari segi implikasi pengisytiharan, kepentingan keselamatan Malaysia di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966:

a) ┬áTiada sesiapapun boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For PeoplesÔÇÖ Aspiration) (SAPA) sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966;

b) ┬á Segala akaun, aset, harta Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For PeoplesÔÇÖ Aspiration) (SAPA) akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; dan

c) ┬á ┬áTiada seseorangpun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For PeoplesÔÇÖ Aspiration) (SAPA). Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For PeoplesÔÇÖ Aspiration) (SAPA) akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

Saya menyeru kepada masyarakat untuk memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan dalam menangani aktiviti-aktiviti Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For PeoplesÔÇÖ Aspiration) (SAPA) yang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam di dalam negara ini.

 

#####

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1091904

moha qrcode