telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KARNIVAL LEMBAGA PENAPIS FILEM KOMPLEKS MEMBELI BELAH ALAMANDA, PUTRAJAYA

KENYATAAN MEDIA

YB DATOÔÇÖ SERI AHMAD ZAHID HAMIDI

MENTERI DALAM NEGERI

Mengenai

KARNIVAL LEMBAGA PENAPIS FILEM

KOMPLEKS MEMBELI BELAH ALAMANDA, PUTRAJAYA

 

22 HINGGA 23 NOVEMBER 2014

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menganjurkan Karnival Lembaga Penapis Filem (LPF) pada 22 hingga 23 November 2014 yang bertempat di Kompleks Membeli Belah Alamanda, Putrajaya. Karnival ini dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun LPF yang ke-60.

Penganjuran karnival ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di antara LPF dengan pihak industri perfileman dan penyiaran di Malaysia. Selain itu, matlamat utama karnival ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan jaringan kerjasama di antara LPF dengan penggiat industri perfileman serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan LPF dalam industri perfileman.

Karnival ini turut disertai oleh:

a.    Semua stesen televisyen iaitu RTM, Media Prima, HyppTV, TV Al-Hijrah, ABN Xcess, Astro;

b.    Agensi Kerajaan lain merangkap rakan sekerja LPF iaitu FINAS;

c.    Pihak pengedar filem iaitu MIG, Pesona Pictures dan Tayangan Unggul;

d.   Pihak persatuan perfileman seperti Persatuan Karyawan, Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Malaysia Screen Industry;

e.    pihak panggung Golden Screen Cinemas

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan pada karnival tersebut seperti sesi ramah mesra bersama artis tempatan terkenal, wayang pacak, promosi filem serta pelbagai aktiviti yang disediakan di gerai pameran. Pengunjung yang bertuah dan terpilih akan berpeluang menonton tayangan video khas yang memaparkan cabutan adegan-adegan yang dipotong dari filem-filem yang telah ditapis oleh LPF. Selain itu, slot rakaman rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don turut dijadualkan pada jam 6.00 petang 23 November 2014.

Harapan saya semoga usahasama di antara pihak Kerajaan dengan pihak swasta dalam menjayakan Karnival LPF akan menjadi batu loncatan bagi program transformasi selanjutnya khususnya bagi Lembaga Penapis Filem.

 

Sekian, terima kasih.

#####

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1091913

moha qrcode