telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERINTAH PEMBEKUAN ASET KE ATAS INDIVIDU DAN KUMPULAN YANG DISENARAIKAN OLEH PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

1.┬á┬á┬á┬á Selaras dengan usaha berterusan Kerajaan untuk membanteras keganasan antarabangsa, Menteri Dalam Negeri, YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah mewartakan Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Resolusi Majlis Keselamatan) (Al-Qaida dan Taliban).

 

2.        Perintah ini mula berkuatkuasa pada 10 September 2014 yang lalu dan bertujuan untuk membekukan aset dan dana milik individu atau kumpulan yang terlibat dengan kegiatan keganasan terutamanya kumpulan Al-Qaida dan Taliban.

 

3.      Semua Institusi Pelapor mengikut Jadual Pertama Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] dikehendaki menyemak dan membandingkan senarai nama individu dan kumpulan yang berada di dalam pangkalan data masing-masing dengan senarai-senarai yang diselenggara oleh Jawatankuasa  1267 dan Jawatankuasa 1988, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Security Council - UNSC). Senarai berkenaan boleh didapati di laman web PBB seperti berikut :

 

                      i)        Senarai Jawatankuasa 1267 :

http://www.un.org/sc/committees/1267/aq_sanctions_list.shtml

 

                     ii)        Senarai Jawatankuasa 1988 :

http://www.un.org/sc/committees/1988/list.shtml

 

4.       Jika sekiranya terdapat padanan nama individu atau kumpulan tersebut, Institusi Pelapor hendaklah dengan serta merta membekukan aset-aset milik individu atau kumpulan tersebut dan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawal Selia dan Pengawasan Berkaitan masing-masing.

 

5.     Di samping itu, di mana aset telah dibekukan, Institusi Pelapor turut dikehendaki melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakankepada Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia.

 

6.           Berdasarkan semakan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati antara yang tersenarai di dalam Senarai Jawatankuasa 1267 ialah Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) dan individu-individu yang berkaitan dengannya, termasuklah pemimpin ISIL, Abu Bakr al-Baghdadi.

 

7.       KDN memandang serius kegiatan ISIL yang memberikan ancaman kepada keselamatan negara. Selaras dengan pendirian Kerajaanyang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ISIL yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu, segala aset dan dana milik pertubuhan tersebut serta individu-individu yang berkaitan dengannya hendaklah dibekukan dengan serta-merta.

 

8.           Sehubungan dengan itu, KDN memerlukan kerjasama Institusi Pelapor untuk sentiasa menyemak kedua-dua senarai tersebut dari semasa ke semasa. Amalan ini dapat membantu memerangi keganasan melalui langkah pembekuan aset yang berkesan.

 

9.         Perintah ini memperuntukkan hukuman denda sehingga satu juta ringgit atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekiranya wujud ketidakpatuhan terhadap Perintah ini.

 

 

#####

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1091970

moha qrcode