telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN KOMIK BERTAJUK ÔÇ£ULTRAMAN THE ULTRA POWERÔÇØ

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

KENYATAAN MEDIA

PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN KOMIK

BERTAJUK ÔÇ£ULTRAMAN THE ULTRA POWERÔÇØ

18 MAC 2014

1. ┬á ┬áDimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik bertajuk ÔÇ£Ultraman The Ultra PowerÔÇØ yang didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai. Buku berbahasa Melayu tersebut adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.┬á

2. ┬á ┬á ┬á ┬áWarta Perintah Larangan yang berkuatkuasa 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ÔÇ£Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan laranganÔÇØ. Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

3.    Alasan kenapa buku ini dikenakan Perintah Larangan adalah seperti berikut : 

i. ┬á ┬á ┬á ┬á ┬áDi halaman Ultraman King, terdapat kandungan penerbitannya yang menganggap dan menggelar watak Ultraman King sebagai Allah melalui tulisan seperti berikut: ÔÇ£Ultraman King adalah Ultra yang paling berkuasa dalam alam semesta di papar garis universe. Beliau adalah yang tertua Ultra, purba sebelum setiap ultra lain yang diketahui dilahirkan. Dalam tahun 2009 filem Monster Mega Battle: Ultra Galaxy Legend The Movie. Beliau dianggap sebagai dan dihormati sebagai ÔÇÿAllahÔÇÖ atau Elder semua wira UltraÔÇØ.┬á

ii.   KDN mengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah yang disamakan dengan Ultraman King. Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

iii.  Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai. 

iv. ┬á Penerbit juga tidak mempunyai permit penerbitan dan alamat pejabat penerbit yang tertera di penerbitan tersebut merupakan alamat palsu seperti berikut ÔÇ£Resign Publications, No. 78, Jalan Brunei Utara, Off Jalan Pudu, 55100 KUALA LUMPURÔÇØ. Manakala, nama pencetak yang tertera di penerbitan tersebut tidak mempunyai lesen percetakan dan tidak meletakkan alamat pejabat.

4. ┬á ┬áAdalah ditegaskan bahawa watak Ultraman adalah tidak dilarang tetapi yang dikenakan Perintah Larangan adalah penerbitan komik yang bertajuk ÔÇ£Ultraman The Ultra PowerÔÇØ ini sahaja atas kandungannya yang menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092173

moha qrcode